TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MY NURFAQIH..........SEMOGA INFO YANG KAMI PAPAR DAPAT DIMANFAATKAN...........SEBARANG KOMEN ATAU PERTANYAAN SILA EMAILKAN KE : MYNURFAQEH@GMAIL.COM........
Featured Articles

News

.

Wednesday, July 21, 2010

~ JADILAH SOLEH & SOLEHAH DAHULU ~




Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan Cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

MAKANYA BERUSAHALAH KE ARAH ITU...INSYALLAH NANTI BEROLEH BAITUL MUSLIM,AMEEN YA RABB...

Wallahua'lam...

~ DI SISI MUJAHID ADA MUJAHIDAH ~




Terkadang hati ini tertanya-tanya....kenapa masih perlu menunggu sedangkan aku tahu, aku telah pun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “YaAllah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu… impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan??

Ya Allah…aku lupa lg…seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan..pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya..(begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. kucukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!!

Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???.....

“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??...sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah... Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w?? sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah... Lihat sahaja isteri-isteri Nabi... Ummul-muslimin...Ummi-ummi kita...lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka... sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul...

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu.... Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!

Wallahua'lam...

~ Assalamualaikum sahabat2 ku yang di kasihi selalu ~


Pada hari ini Sabtu 26.06.2010
genaplah usiamu 25 tahun.

Tahniahku ucapkan.

Semoga dihari bahagia ini iman dan takwamu berkekalan,
panjang umur , murah rezeki. dan sihat sejahtera.
Tanda kau telah meningkat dewasa, telah di tinggalkan usia remajamu.
Kini dirimu telah matang, menjadi serikandi umah ini dan menjadi muslimah solehah,

Nur,

Namamu sungguh indah.
Seindah wajah dan hati-budimu

Nur bermakna cahaya.
Di hatimu terpancar nur keimanan.
Di wajahmu terpancar nur ketakwaan...nampak bekas sujud!
Di akhlak dan keperibadiaanmu melambangkan ciri-ciri muslimah solehah.
Ingatlah! Sebaik-baik perhiasan dunia adalah muslimah solehah.
Beruntunglah kerana kau memiliki status ini.
Status yang menjadi idaman wanita yang beriman.
Status yang membuatkan dirimu hampir dengan Tuhanmu.
Status yang memudahkan dirimu memasuki Syurga Allah.

Apakah ciri-ciri muslimah solehah?

Muslimah solehah sentiasa menjaga iman dan takwanya dan membuangkan segala sifat-sifat keji yang ada di dalam hatinya.
Muslimah solehah merasakan bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan diakhiratlah kehidupan yang kekal abadi.
Muslimah solehah sentiasa menghiasi dirinya dengan akhlak Islam, menutup aurat, berhati-hati di dalam percakapan dan pergaulannya supaya terhindar daripada kemurkaan Allah.
Muslimah solehah sentiasa menjaga lidahnya daripada mengumpat, memfitnah dan berkata dusta.
Muslimah solehah melakukan ketaatan kepada Allah dan bersedia menjadi isteri dan ibu solehah,

Nur,

Allah tak pandang pada rupa zahirmu,
tetapi Allah pandang apa yang ada pada hatimu.
Kecantikan yang hakiki adalah terletak dihati, jiwa, akhlak dan akalmu.
Cantik pada hatimu bila hatimu redha dan berbaik sangka kepada Allah dan tidak tamakkan harta dunia.
Cantik pada jiwamu bila jiwamu kasih pada anak yatim dan orang miskin.
Cantik pada akhlakmu bila sentiasa menutup aurat dan menjaga pergaulan sesama insan.
Cantik pada akalmu bila akalmu suka menuntut ilmu dan mengutamakan matlamat ukhrawi lebih daripada matlamat duniawi.

Nur,

Dihari bahagiamu ini.....
tidak ada hadiah berupa kalungan rantai emas bertatakan berlian,
tidak ada seutas jam tangan rolex bersalut emas,
tidak ada notebook dan h.p blue berry untuk menyambut hari lahirmu ini.
Yang ada hanya sepotong do'a dapat ku beri tanda persahabatan yang suci.

" Ya Allah, aku bermohon kepadamu, Kau ampunilah segala dosa sahabatku Nur Jihan. Jadikanlah hatinya takut kepada-Mu dan takut kepada siksaan dan Neraka-Mu.Bersihkanlah hatinya daripada syirik, riak, sombong dan takabur.Jadikanlah hatinya cinta dan kasih pada-Mu seperti seorang bayi mengharapkan
kasih sayang ibunya. Baikilah akhlaknya hingga menjadi muslimah solehah yang dapat memasuki Syurga-Mu dimana-mana pintu yang ia kekendaki.

Ya Allah, pilihlah dia menjadi sahabatku di dunia ini sebagai daie dan murabi untuk memikul tugas dakwah dan tarbiyah untuk membela agama-Mu Jadikan dia sahabatku di hari akhirat bersama-sama hamba-Mu yang Kau redhai. Berilah perlindungan kepada kami yang mana ketika itu tidak ada perlindungan lain melainkanperlindungan-Mu. Ya Allah. Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di hari akhirat dan jauhilah kami daripada siksaan api Neraka." Amin..

Nur,

Kau telah dipilih Allah menjadi pendidik dan pendakwah,
untuk mendidik bakal generasi untuk umat ini.
Didiklah mereka dengan iman dan takwa.
Teruskan usaha murnimu ini.
Ganjaran untukmu amat besar disisi Allah.
Persiapkan dirimu berbentuk sedekah jariah,
ilmu yang bermanfaat dan amal-amal soleh,
sebagai bekalanmu yang berterusan seandainya nanti kau berada dialam barzakh.

p/s: Syair yang digubah indah dr teman FB Jihan, mengalir air mata Jihan ketika membaca syair indah ini, Allahuakbar!!! khas buat anda utk dikongsikan bersama...mudah2han anda juga memperoleh keberkatan dan keredhaan dr Allah S.W.T...terima kasih shbtku ......., dan terima kasih shbt2ku semua...:)...

~ Saya sayang anda semua kerana Allah....juga doakan Jihan supaya istiqamah dlm membuat kebaikan... ~

Saturday, July 3, 2010

BIMBINGAN FARDHU AIN




BIMBINGAN FARDHU AIN Fardu ain itu adalah kewajipan terhadap semua umat Islam dan perkara asas didalam islam.. adakah kita masih ingat sepenuhnya tentang fardu ain ini?? Mari kita imbas kembali kaedah2 yang ditutut. FREE DOWNLOAD HERE / MUAT TURUN PERCUMA DISINI..


BIMBINGAN FARDHU AIN

1-Taharah (Bersuci)

Pengertian bersuci:
Taharah zahir dan batin.

2-Jenis-Jenis bersuci.

3-Istinjak

Syarat Istinjak
Rukun Istinjak.
Cara beristinjak dengan Air (Air Mutlak).
Cara Beristinjak dengan menggunakan batu pada dubur.
Cara Istinjak Dengan Batu Pada Qubul ( Zakar atau Faraj).
Hal-hal yang perlu diperhatikan ketika istinjak

4-Hukum Qada Hajat

Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum:
Cara Qada Hajat yang diharamkan.
Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan.
Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan.
Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air.
Adab buang air

5-Hikmah Bersuci

6-Najis dan jenis-jenisnya

Benda-benda Najis
Terdapat tiga bahagian najis iaitu:

1. Najis Mukhaffafah. (Ringan)
2. Najis Mutawassitah. (Pertengahan)
3. Najis Mughallazah. (berat)
Cara menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan).
Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan).
Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat)
Cara Menyucikan Kulit Bangkai
Cara menyucikan cairan yang memabukkan.
Perkara yang tidak dikira sebagai najis.
Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang.
Air Liur Basi
Hukum Madu

7-Jenis-jenis Air

Air Mutlak
Air Musta'mal
Air Mutaghayyir (Air Muqayyid)
Air Mutanajjis
Air Musyammas

8-Wudhu

Syarat Wuduk ada lima:
Rukun Wuduk ada enam:
Sunat Wuduk ada 12:
Perkara yang dapat membatalkan Wuduk ada lima:

9-Tayamum

Syarat-syarat tayammum:
Rukun Tayammum ada 4:
Sunat Tayammum ada 2:

10-Mandi Wajib & Sunat

Perkara yang mewajibkan mandi:
Rukun Mandi ada 3:
Sunat Mandi ialah:

11-Takrif Solat

Syarat wajib solat:
Syarat sah solat:
Perkara-perkara yang membatalkan solat:
Waktu-waktu Solat Fardhu:
Perbuatan sunat sebelum solat:
Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab:

12-Rukun Solat

Rukun solat ada 13:

1. Niat:
2. Takbiratul-Ihram
3. Berdiri bagi orang yang berkuasa.
4. Membaca al-Fatihah:
5. Rukuk, berserta tama'ninah.
6. Iktidal:
7. Sujud
8. Duduk di antara dua sujud berserta tama'ninah.
9. Tahiyyat/Tasyahud akhir.
10. Duduk ketika tahiyyat akhir.
11. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
12. Salam pertama:
13. Tertib.
13-Sunat Hai'ah & Ab'adh

Sunat Hai'ah ada 15 perkara:
Sunat Ab'adh ada 7 perkara:

14-Solat Berjemaah

Syarat-syarat sah solat berjemaah:
Antara syarat untuk menjadi imam:

15-Masbuq

16-Istikhlaf

Cara Istikhlaf Dalam Sembahyang
Istikhlaf Dalam Sembahyang Jumaat

17-Sujud Sahwi

1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

18-Sujud Sajadah-Tilawah

Hukum sujud sajadah
Ayat-ayat sujud sajadah ialah:
Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah:
Rukun sujud sajadah di luar sembahyang ialah:
Syarat sah sujud sajadah di luar sembahyang
Sujud Syukur

DOWNLOAD HERE / MUAT TURUN SINI : http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=10&ved=0CFMQFjAJ&url=http%3A%2F%2Fwww.msda.org.au%2Fweb_images%2FE-Book%2520Asas%2520Fardhu%2520Ain.xls&rct=j&q=fardu+ain&ei=OtktTITOOI6XrAfaj5H0BQ&usg=AFQjCNFK-8OllGZndbNxgo6yR_oRTcp8dg

Friday, July 2, 2010

PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA).



MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH.

Sebutan Dua Kalimah Syahadah dengan sempurna.

Asyhadu Al-laa ilaha il-lallah. Wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.

Erti Dua Kalimah Syahadah.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah


RUKUN ISLAM.

Rukun Islam.

Rukun Islam lima perkara:

    1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
    2. Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
    3. Mengeluarkan Zakat.
    4. Berpuasa di Bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.


RUKUN IMAN.

Rukun Iman

Rukun Iman enam perkara:

    1. Beriman kepada Allah.
    2. Beriman kepada Malaikat.
    3. Beriman kepada Kitab.
    4. Beriman kepada Rasul.
    5. Beriman kepada Hari Akhirat.
    6. Beriman kepada Qada dan Qadar.


Bagaimana anda beriman kepada Allah S.W.T.

Mengaku bahawa allah S.W.T. ada, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna.


BERISTINJAK.

cara beristinjak dengan menggunakan batu.

Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan batu sekurang-kurangnya tiga biji batu atau bahan yang kesat sehingga diyakini bersih.

cara beristinjak dengan air.

Membasuh qubul atau dubur dengan Air Mutlak sehingga diyakini bersih.


MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS.


Kain ini terkena najis Mukhaffafah, Cara bagaimana menyucikannya.

Percikkan air Mutlak di kawasan yang terkena najis, kemudian keringkan.

Kaki anda terkena najis Mutawasitah. Cara bagaimana menyucikannya.

1. Bersihkan najis dari tempatnya.

2. Siram dan gosok sehingga hilang bau, warna,dan rasanya.

3. Bilas dengan air Mutlak dan keringkan.

Di lantai ini terdapat najis Mghallazah. Cara bagaimana menyucikannya.

1. Bersihkan najis dari tempatnya.

2. Siram sekali dengan air yang bercampur tanah.

3. Gosokkan dengan sabun sehingga hilang warna, bau, dan rasa.

4. Siram enam kali dengan air Mutlak.


CARA BERWUDUK.


Cara berwuduk dengan betul dan sempurna.


1. Membaca Bismillahir Rahmanir Rahim.

2. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan 3X.

3. Berkumur-kumur 3X.

4. Memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya 3X.

5. Menyebut lafaz niat wuduk : Nawaitu raf- al hadasil asghar lillahi taaala. Sambil membasuh seluruh muka 3X.

6. Membasuh tangan kanan hingga ke siku 3X.

7. Membasuh tangan kiri hingga ke siku 3X.

8. Menyapu sebahagian kepala atau ubun-ubun 3X.

9. Menyapu kedua-dua telinga dengan air 3X.

10. Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali 3X.

11. Menghadap kiblat dan berdoa:

Asy hadu al-laa ilaha il-lallah, wahdahu laa syarikalah,

Wa asy hadu anna Muhammadan abduhu warasuluh,

Allahummaj alnii minat tauwaa bin, waj alnii minal

Mutatah hirin, Waj alnii min ibadikas solihin.



CARA MANDI WAJIB (HADAS BESAR).


Sebab-sebab yang mewajibkan mandi.


Sebab-sebab yang mewajibkan mandi:

    1. Keluar mani.
    2. Haid.
    3. Janabah (bersetubuh)
    4. Wiladah.
    5. Nifas.
    6. Mati, selain mati syahid.


Cara mandi wajib yang betul dan sempurna.


Cara-cara mandi wajib :

    1. Bersihkan badan dari segala kekotoran.
    2. Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota badan
    3. Ambil wuduk.
    4. Siramkan air ke atas kepala sambil membaca niat:
    5. Nawaitu raf- al hadasil akbari fardan alaiya lillahi taaala.

      ( sahaja aku mengangkat hadas yang besar fardu ke atas ku kerana Allah taala )

    6. Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan 3X dan sebelah kiri 3X.
    7. Ratakan air ke seluruh badan. Selatkan rambut, janggut, dan semua bulu supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, selah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung.
    8. Jika air tidak rata dengan 3 jirusan seperti di atas, maka hendaklah ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa meratakan air, hendaklah dijaga supaya tangannya tidak menyentuh qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.



AZAN, IQAMAH, JAWAPAN DAN DOA SELEPAS AZAN/IQAMAH.


Lelaki dikehendaki melaksanakan azan dengan betul dan sempurna.


Allahu Akbar Allahu Akbar 2X

Asy hadu al-laa ilaha il-lallah 2X

Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 2X

Haiya alas solah 2X

Haiya alal falah 2X

  • Assolatu khairum minan –naum 2X

    Allahu akbar allahu akbar 1X

    Laa ilaha il-lallah 1X


  • Perempuan dikehendaki menerangkan cara melaksanakan azan dengan betul dan Sempurna.

    1. Bewuduk (makruh azan tanpa wuduk)

    2. Berdiri menghadap Qiblat.

    3. Meletakkan jari telunjuk di telinga.

    4. Mengalunkan lafaz azan.



    Cara jawab azan dengan betul dan sempurna.

    Allahu akbar Allahu akbar 2X

  • # Jawab – Allahu akbar Allahu akbar 1X
  • Asy hadu al-la ilaha il-lallah 2X

  • # Jawab – Asy hadu al-la ilaha il-lallah 1X
  • Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 2X

  • # Jawab- Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah. 1X
  • Haiya alas solah 2X

  • # Jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X
  • Haiya alal falah 2X

  • # jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X
  • As – Solatu khairum minan naum 2X

  • # Jawab- Sodakta wa bararta 1X
  • Allahu akbar Allahu akbar 1X

  • # Jawab- Allahu akbar Allahu akbar 1X
  • Laa ilaha il-lallah 1X

  • # jawab- Laa ilaha il-lallah 1X

  • Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul dan sempurna.


    Berdiri menghadap Qiblat. Menyebut lafaz Iqamah:

    Allahu akbar Allahu akbar 1X

    Asy hadu al-laa ilaha il-lallah 1X

    Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 1X

    Haiya alas solah 1X

    Haiya alal falah 1X

    Qad qaa – matis solah 2X

    Allahu akbar Allahu akbar 1X

    Laa ilaha il-lallah 1X


    Cara jawab dengan betul dan sempurna.

    Allahu akbar Allahu akbar 1X = lafaz sama

    Asyhadu alla ilaha il-lallah 1X = ,,

    Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 1X = ,,

    Haiya alas solah 1X = Laa haula wala quata

    Haiya alal falah 1X = Laa haula wala quata

    Qad qaa matis solah 2X = Aqa mahallahu wa-ada maa dam-matis

    samawati wa ard, Waja alani minas solihi

    ahliha

    Allahu akbar allahu akbar = lafaz sama

    Laa ilaha il-lallah = lafaz sama


    Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan dan Iqamah

    Allahumma rabba hasihid dakwatit tam-mati was- solatil qaa imah,

    Aa-ti saidina Muhammadanil wasiilatah, wal- fadhilah,

    Wab ashul maqaamam mahmudanil lazi wa- adtah.



    SOLAT FARDU


    Anda dikeendaki memperdengarkan (Tasmi’) bacaan-bacaan berikut:

    a. Lafaz niat solat fardu

  • SUBUH Usalli fardas subhi rak ataini ada an lillahi taala

    ZUHUR Usalli fardaz zuhri ar baa raka-atin adaan lillahi taala

    ASAR Usalli fardal asri ar baa raka-atin adaan lillahi taala

    MAGHRIB Usalli fardal maghribi salaasa raka-atin adaan lillahi taala

    ISYAK Usalli fardal isya-I ar baa raka-atin adaan lillahi taala

      1. Takbiratul Ihram
      2. Allahu Akbar

        c. Doa Iftitah

        Allahu akbar kabiira, walhamdu lillahi kasira,

        Wasubha nallahi bukratau wa asiila,

        Waj jahtu wajhiya lil lazi fataras samawati wal ard,

        Hanifam muslimau wama ana minal musyrikin,

        Inna solati wa nusuki wa mah yaya wa mamati

        Lillahi rabbil aa lamin,

        Laa syarii ka lahu wa biza lika umir tu wa ana minal muslimin.

      3. Surah Al Fatihah
      4. Surah (Tambahan / Sampingan)
      5. Bacaan Rukuk
      6. Subhana rabbiyal azimi wabi hamdih
      7. Bacaan Iktidal
      8. Sami ‘allahu liman hamidah, Rabbana lakal hamdu
      9. Bacaan Sujud
  • Subhana rabbiyal a’-laa wabi hamdih

    i. Bacaan Duduk antara dua sujud

    Rabbigh firli, warhamni, waj burni, warfakni, war zukni, wahdini, wa afini, wak fu anni

      1. bacaan Tahiyat
      2. At tahiyatul mubarakatus solawatut tai baatu lillah

        Assalamu alaika aiyuhan nabiyu warah matullahi wabarakatuh

        Assalamu alaina wa ala ibadil lahis soolihin

        Asy hadu alla ilaha illallah

        Wa asy hadu anna Muhammadar rasulullah

        Allahumma solli ala saidina Muhammad

        Bacaan tahiyat Akhir

        (Baca semula bacaan tahiyat di atas dan sambung bacaan di bawah.)

        Wa ala aali Muhammad, Kama sollaita ala Ibrahim, Wa ala ali Ibrahim, Wabarik ala Muhammad, wa ala ali Muhammad, Kama barak ta ala Ibrahim, wa ala ali Ibrahim

        Fil alamin , innaka hamidum majid.

      3. Salam
      4. Assalamu alaikum warah matullah
      5. Doa Qunut
  • Allahummah dini fiman hadait

    Wa afini fiman afait

    Wa tawal lani fiman tawal lait

    Wawaba rikli fi ma a’tait

    Wakini syar rama qadait

    Fa innaka taqdi wala yukda alaik

    Wa inna hu laa yazillu man walait

    Wala yaizzu man adait

    Taba rakta rabbana wata alait

    Falakal hamdu ala maa qadait

    Wa astaghfirka wa atuubu ilaik

    Wa sollallahu ala saidina Muhammadin wa ala aa lihi wasoh bihi wasallam



  • PUASA


    Sebutan lafaz niat puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya.

    Lafaz niat puasa Ramadhan:

  • Nawaitu sauma ghadin an ada-I fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi Taala.

    ( Sahaja aku berpuasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah taala)


  • Perkara yang membatalkan puasa.


    Perkara yang membatalkan puasa ialah:

      1. makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.
      2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
      3. Muntah dengan sengaja
      4. Melakukan persetubuhan pada siang hari
      5. Mengeluarkan mani dengan sengaja
      6. Keluar darah haid dan nifas
      7. Gila
      8. Mabuk atau pengsan pada siang hari
      9. Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib
      10. Murtad


    Hikmat puasa.

    Antara hikmat puasa:

      1. Mengukuhkan Iman dan Taqwa kepada Allah.
      2. Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbangrasa,
      3. Dan bersyukur.
      4. Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan
      5. Mendapat kesihatan dan kecerdasan.



    ADAB TERHADAP IBU BAPA.


    Jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak


    Jasa dan pengorbanan yang mesti dikenang oleh seorang anak ialah:

      1. mengandung
      2. melahirkan
      3. menyusukan
      4. mengasuh
      5. mendidik
      6. memberi nafkah
      7. mengasihi


    Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa

    Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa ialah kasih sayang


    Cara menghormati ibu bapa


    Cara menghormati ibu bapa :

      1. beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra dan sentiasa
      2. menjaga perasaan mereka.
      3. mendoakan mereka
      4. menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat berasingan
      5. menghormati sahabat-sahabat mereka


    Cara mentaati ibu bapa.

    Cara mentaati ibu bapa :

      1. Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
      2. Tidak membantah atau kasar tutur kata terhadap ibu bapa



    IHSAN


    Maksudkan dengan Ihsan.

  • Melakukan ibadah kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat Allah Melihat kamu. Iaitu:
      • Allah melihat apa yang anda lakukan
      • Allah mendengar apa yang anda perkatakan
      • Allah mengetahui apa yang anda fikirkan


    Sifat utama dalam Ihsan.

    Sifat utama dalam Ihsan ialah Ikhlas semata-mata kerana Allah.


    Kebaikan yang diperolehi oleh orang yang berbuat Ihsan.

    Kebaikan yang diperolehinya ialah:

      1. Allah sentiasa mengasihinya
      2. Jaminan masuk syurga
      3. Allah mengampuni disanya
      4. Dapat pahala
      5. Mendapat rahmatNya
      6. Dapat pertolongan Allah



    UBAH SUAI FORMAT : MyNurFaqeh.

    REKABENTUK : Ustaz Osman Bin Md. Isa @ Abdul Aziz

    S.J.K. (C) Tai Tong

    Sandakan, Sabah.

    Man83@hotmail.com

    Ber'couple'??





    English to Malay translation
    Harap dapat membantu Suami

    Pasangan (Lelaki / Perempuan) Adakah permisibble?

    Hal ini cukup beralasan bahawa memiliki pacar bukan cara seorang muslim. Itu
    Haram bagi seorang muslim laki-laki untuk punya pacar, karena itu dilarang untuk
    Muslim wanita untuk punya pacar.
    Muslim harus mempunyai hubungan baik dengan semua orang, laki-laki maupun perempuan. Di
    sekolah, di tempat kerja, di lingkungan anda dll anda harus baik dan sopan
    semua orang. Namun, tidak dibenarkan dalam Islam untuk mengambil orang bukan-mahram atau
    orang dari pihak lawan jenis sebagai teman sangat dekat. Persahabatan tersebut sering
    mengarah ke Haram.

    Dalam Al-Quran, Allah menyebutkan bahwa laki-laki dan perempuan yang baik adalah mereka yang berkahwin, lakukan
    tidak mempunyai hubungan berzina dan tidak mempunyai "kekasih" atau Akhdan. (Al-Quran bab Al-Nisaa '4: Ayat 25 & Bab Al-Maaidah 5: ayat 5).

    Akhdan adalah "kekasih" atau untuk seorang lelaki simpanan "" dan bagi wanita pencinta "".

    Nabi, kedamaian dan berkat akan upom dia, dilaporkan telah menyatakan bahawa
    "Ketika dua orang asing dari lawan jenis sendirian di antara satu sama lain, Setan
    menjadi yang ketiga antara mereka "(Hadis di Al-Tirmidzi, 1091)."

    Jadi tidak dibenarkan untuk anak laki-laki Muslim untuk mempunyai pacar atau untuk seorang gadis Muslim
    punya pacar. Murni sebarang niat anda mungkin, bahayanya adalah bahawa
    itu akan mengarahkan anda untuk berdosa. Atau sekurang-kurangnya anda akan sendirian dengan satu sama lain dan menghabiskan
    lebih banyak waktu bersama-sama.

    Tentu saja, homoseksual juga dilarang dalam Islam. Jadi tidak mengambil anak laki-laki baik
    sebagai teman intim anda dalam erti "gay" dari kata tersebut.

    Sebuah persahabatan dengan lawan jenis bukan Islam. Dulu dari
    Jahiliyyah (era pra-Islam) gaya hidup. Sebuah persahabatan dari kedua-dua jenis kelamin boleh
    tidak selamat atau seks bebas. Saya bersetuju bahawa dalam beberapa kes luar biasa, boleh
    bersalah. Tetapi, undang-undang biasanya diubah untuk peraturan sosial. Ada undang-undang
    untuk bisa disesuaikan untuk orang tertentu atau beberapa orang.
    Al-Quran dan Sunnah bimbingan untuk berurusan dengan jenis kelamin antara satu sama lain mempunyai utama
    isu utama yang Islam telah menetapkan prinsip-prinsip dan peraturan untuk memerintah. Ini adalah
    keinginan dan nafsu. Al-Quran melarang segala sesuatu yang memotivasi hati seseorang dalam
    menggoda jalan menuju yang lain. Al-Quran mengatakan seorang wanita ketika dia berbicara dengan seorang lelaki untuk bercakap dengan cara yang tidak menunjukkan minat kepadanya, supaya ia harus merasa dirayu untuk membina hubungan yang sihat. Jika ada kemungkinan dalam
    jenis tindakan yang boleh dipimpin oleh beberapa peratusan dalam bencana, tidak ada
    pernah akan mengambil risiko itu. Aku dapat mengatakan apa yang kau sebut persahabatan boleh mempunyai beberapa
    peratusan yang menuju haram. Bagaimana anda pergi ke bahawa risiko sedangkan jika
    doktor mengatakan kepada anda satu operasi organ tertentu boleh menuntun anda ke dalam kematian?
    Anda akan berkata bahawa saya tidak mahu mengambil risiko hidup saya, tapi saya akan mengambil rasa sakit.
    Islam bukanlah pendapat manusia, itu adalah undang-undang terus dari Allah. Jika anda mematuhi
    undang-undang tuhan memaparkan melalui Islam, anda pasti akan berada di sisi yang selamat. Jika anda ingin
    menurut alasan, alasan memiliki banyak cacat dan kadang-kadang kita tidak dapat menarik
    line untuk mengetahui siapa yang waras dan siapa yang gila. Kadang-kadang anda tidak tahu yang mana.

    Wallahualam

    rujukan kami = http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=1269.0
    boleh juga lihat ni kalu rasa masih ragu.. : http://namia91.blogspot.com/2008/06/tiada-kapel-dalam-islam.html

    Tuesday, June 22, 2010

    ~ Meninggalkan Solat Jumaat ~


    Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a., keduanya mengesahkan bahawa mereka ada mendengar daripada Rasulallah SAW, ketika beginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: " Hendaklah orang yang suka meninggalkan solat Jumaat menghentikan perbuatan ini, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai. " (hadis: Muslim)


    Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.


    Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syarie sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang yang bermusafir.


    Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dari satu kewajipan dalam beribadat kepada Allah SWT, ia juga merupakan syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.


    Wallahualam.

    Sunday, June 6, 2010

    Kelebihan Bulan Rejab


    Sabda Nabi s.a.w: “Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat”

    Sabda Nabi s.a.w : “Bulan Rejab bulan Allah…Bulan Sya’aban bulanku…Bulan Ramadhan bulan umatku…”
    Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya…Sya’aban dengan malam NISFUnya dan Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab doanya…
    Kelebihan berpuasa di bulan Rejab:·

    1) Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
    2) Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya.
    3) Puasa 3 hari dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
    4) Puasa 4 hari diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar2 dan daripada fitnah Dajjal di hari Kiamat.
    5) Puasa 5 hari pada bulan Rejab…aman daripada azab kubur.
    6) Puasa 6 hari di bulan Rejab…keluar kubur bercahaya muka.
    7) Puasa 7 hari pada bulan Rejab…ditutup daripada tujuh pintu neraka.
    8) Puasa 8 hari…dibuka baginya lapan pintu syurga.
    9) Puasa 9 hari pada bulan Rejab…keluar dari kuburnya lalu MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia dari masuk syurga.
    10) Puasa 10 hari…Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titian SiratulMustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari Kiamat. Dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat dia atas Titian SiratulMustaqim.
    11) Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah didalam Syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah disyurga.
    12) Puasa 19 hari pada bulan Rejab…dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
    13) Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur)

    Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga. Puasa sehari pada bulan Rejab juga seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

    Berkata Saidina Ali: “ Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun…Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun…Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun”
    Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

    Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga di hari kiamat.

    Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang²nya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar…dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat…dihapus seribu kejahatan.

    Tiap sehari puasanya pada bulan rejab dan sedekanya pada bulan rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab Bulan Allah…bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji² berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

    Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali pada bulan Rejab…di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

    Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya " Telah wajib hakmu atasku, maka mintalah olehmu kepadaku. Demi ketinggianku dan kebesaranku, tidak aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranku dibawah arasyku, engkau kekasihku daripada segala makhlukku, engkau terlebih mulia atasku. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraku dan antara kau." (Dari Kitab Raudatul Ifkar)

    Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada Bulan rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam Syurga Firdaus.

    Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al Quran dinaik ketika berlalu di Titian SiratulMustaqim).

    REJAB ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatnya, kemurahannya terhadap hamba²nya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

    Demikianlah kelebihan² Bulan Rejab yang memberi banyak manfaat dan peluang untuk kita beribadat….Oleh itu janganlah melepaskan peluang ini…marilah kita sama² mengisi Bulan Rejab dengan amalan² yang berfaedah…Semoga kita mendapat rahmatnya…InsyaAllah...


    REJAB bulan menabur benih…
    SYA’ABAN pula meyiram tanaman…
    RAMADHAN bulan menuai…

    REJAB bulan menyucikan badannya…
    SYA’ABAN menyucikan hatinya…
    RAMADHAN menyucikan rohnya…

    REJAB bulan taubat…
    SYA’ABAN bulan muhibbah…
    RAMADHAN dilimpahi pahala amalan amalan…


    Selamat beramal,...
    Wallahua'lam...

    Friday, June 4, 2010

    HUKUM MENJANA DUIT DENGAN LOGIN FACEBOOK


    MENJANA WANG LOGIN FACEBOOK
    HALAL ATAU HARAM??






    DIATAS GAMBARAJAH SISTEM DAN SURAT SYSTEM PIRAMID YANG DILAKUKAN

    DAN

    DIBUKTIKAN BERKESAN PENDAPATANNYA





    NAMUN APAKAH IA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK KEHIDUPAN HARIAN??


    Sistem piramid / leveling / berangkai / berjejaring dan seumpama dengannya.

    Sesungguhnya transaksi sejenis ini adalah haram. Hal tersebut karena tujuan dari transaksi itu adalah komisi dan bukan produk. Terkadang komisi dapat mencapai puluhan ribu sedangkan harga produk tidaklah melebihi sekian ratus. Seorang yang berakal ketika dihadapkan di antara dua pilihan, niscaya ia akan memilih komisi. Karena itu, sandaran perusahaan-perusahaan ini dalam memasarkan dan mempromosikan produk-produk mereka adalah menampakkan jumlah komisi yang besar yang mungkin didapatkan oleh anggota dan mengiming-imingi mereka dengan keuntungan yang melampaui batas sebagai imbalan dari MODAL yang kecil yaitu harga produk. Maka produk yang dipasarkan oleh perusahaan-perusahaan ini hanya sekedar label (iklan) dan pengantar untuk mendapatkan komisi dan keuntungan.

    Tatkala ini adalah hakikat dari transaksi di atas, maka dia adalah haram karena beberapa alasan:

    Pertama, transaksi tersebut mengandung riba dengan dua macam jenisnya; riba fadhl dan riba nasi’ah. Anggota membayar sejumlah kecil dari hartanya untuk mendapatkan jumlah yang lebih besar darinya. Maka ia adalah barter(pertukaran) wang dengan bentuk tafadhul (ada selisih nilai) dan ta’khir (tidak cash). Dan ini adalah riba yang diharamkan menurut nash dan kesepakatan. Produk yang dijual oleh perusahaan kepada konsumen tiada lain hanya sebagai kedok untuk barter wang tersebut dan bukan menjadi tujuan anggota (untuk mendapatkan keuntungan dari pemasarannya), sehingga (keberadaan produk) tidak berpengaruh dalam hukum (transaksi ini).

    Kedua, ia termasuk gharar yang diharamkan menurut syari’at, karena anggota tidak mengetahui apakah dia akan berhasil mendapatkan jumlah anggota yang cukup atau tidak?. Dan bagaimanapun pemasaran berjejaring atau piramida itu berlanjut, dan pasti akan mencapai batas akhir yang akan berhenti padanya. Sedangkan anggota tidak tahu ketika bergabung didalam piramida, apakah dia berada di tingkatan teratas sehingga ia beruntung atau berada di tingkatan bawah sehingga ia merugi? Dan kenyataannya, kebanyakan anggota piramida merugi kecuali sangat sedikit di tingkatan atas. Kalau begitu yang mendominasi adalah kerugian. Dan ini adalah hakikat gharar, yaitu ketidakjelasan antara dua perkara, yang paling mendominasi antara keduanya adalah yang dikhawatirkan. Dan Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang dari gharar sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim dalam shahihnya.

    Tiga, apa yang terkandung dalam transaksi ini berupa memakan harta manusia dengan kebatilan, dimana tidak ada yang mengambil keuntungan dari akad (transaksi) ini selain perusahaan dan para anggota yang ditentukan oleh perusahaan dengan tujuan menipu anggota lainnya. Dan hal inilah yang datang nash pengharamannya dengan firman (Allah) Ta’ala,

    “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil” [An-Nisa’:29]

    Empat, apa yang terkandung dalam transaksi ini berupa penipuan, pengkaburan dan penyamaran terhadap manusia, dari sisi penampakan produk seakan-akan itulah tujuan dalam transaksi, padahal kenyataanya adalah menyelisihi itu. Dan dari sisi, mereka mengiming-imingi komisi besar yang seringnya tidak terwujud. Dan ini terhitung dari penipuan yang diharamkan. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda,

    “Siapa yang menipu maka ia bukan dari saya” [Dikeluarkan Muslim dalam shahihnya]

    Dan beliau juga bersabda,

    “Dua orang yang bertransaksi jual beli berhak menentukan pilihannya (khiyar) selama belum berpisah. Jika keduanya saling jujur dan transparan, niscaya akan diberkati transaksinya. Dan jika keduanya saling dusta dan tertutup, niscaya akan dicabut keberkahan transaksiny.”[Muttafaqun’A
    laihi]

    Adapun pendapat bahwa transaksi ini tergolong samsarah, maka itu tidak benar. Karena samsarah adalah transaksi (dimana) pihak pertama mendapatkan imbalan atas usahanya mempertemukan barang (dengan pembelinya). Adapun pemasaran berjejaring (MLM), anggotanya-lah yang mengeluarkan biaya untuk memasarkan produk tersebut. Sebagaimana maksud hakikat dari samsarah adalah memasarkan barang, berbeda dengan pemasaran berjejaring (MLM), maksud sebenarnya adalah pemasaran komisi dan bukan (pemasaran) produk. Karena itu orang yang bergabung (dalam MLM) memasarkan kepada orang yang akan memasrkan dan seterusnya. Berbeda dengan samsarah, (dimana) pihak perantara benar-benar memasarkan kepada calon pembeli barang. Perbedaan diantara dua transaksi adalah jelas.

    Adapun pendapat bahwa komisi-komisi tersebut masuk dalam kategori hibah (pemberian), maka ini tidak benar, andaikata (pendapat itu) diterima, maka tidak semua bentuk hibah itu boleh menurut syari’at. (Sebagaimana) hibah yang terkait dengan suatu pinjaman adalah riba. Karena itu, Abdullah bin Salam berkata kepada Abu Burdah radhiyallahu’anhuma,

    “Sesungguhnya engkau berada di suatu tempat yang riba tersebar padanya. Maka jika engkau memiliki hak pada seseorang kemudian dia menghadiahkan kepadamu sepikul jerami, sepikul gandum atau sepikul tumbuhan maka ia adalah riba.”[Dikeluarkan oleh Al-Bukhary dalam Ash-Shahih]

    Dan (hukum) hibah dilihat dari sebab terwujudnya hibah tersebut. Karena itu beliau ‘alaihish shalatu wa sallam bersabda kepada pekerjanya yang datang lalu berkata, “Ini untuk kalian, dan ini dihadiahkan kepada saya.” Beliau ‘alaihish shalatu wa sallam bersabda,

    “Tidakkah sepantasnya engkau duduk di rumah ayahmu atau ibumu, lalu engkau menunggu apakah dihadiahkan kepadamu atau tidak?” [Muttafaqun’Alaih]

    Dan komisi-komisi ini hanyalah diperoleh karena bergabung dalam sistem pemasaran berjejaring. Maka apapun namanya, baik itu hadiah, hibah atau selainnya, maka hal tersebut sama sekali tidak mengubah hakikat dan hukumnya.

    Dan (juga) hal yang patut disebut disana ada beberapa perusahaan yang muncul di pasar bursa dengan sistem pemasaran berjejaring atau berpiramida (MLM) dalam transaksi mereka, seperti Smart Way, Gold Quest dan Seven Diamond. Dan hukumnya sama dengan perusahaan-perusahaan yang telah berlalu penyebutannya. Walaupun sebagiannya berbeda dengan yang lainnya pada produk-produk yang mereka perdagangkan.

    Wabillahi taufiq wa shalallahu ‘ala Nabiyina Muhammad wa aalihi wa shohbihi.

    [Fatwa diatas ditanda-tangani oleh Syaikh ‘Abdul ‘Azis Alu Asy-Syaikh (ketua), Syaikh Shalih Al-Fauzan, Syaikh Abdullah Al-Ghudayyan, Syaikh Abdullah Ar-Rukban, Syaikh Ahmad Sair Al-Mubaraky dan Syaikh Abdullah Al-Mutlaq]

    Dikutip dari majalah An-Nashihah volume 14, hal. 12-14

    Nota saya forward ini adalah untuk anda berfikir..
    Dan anda jelas?? adakah wang itu untuk beli barang makanan atau beli barang yang halal hakikatnya haram bila diguna?? mahukah anda berdagingkan neraka berseliparkan bara??

    fikirkanlah.. wallahualam..

    sebarkan dan selamatkanlah rakan2 anda..


    Untuk KONGSI,

    1. Copy Link ini :

    http://mynurfaqeh.blogspot.com/2010/06/menjana-duit-dengan-login-facebook.html


    2. Paste pada Comment atau Wall rakan anda..