TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MY NURFAQIH..........SEMOGA INFO YANG KAMI PAPAR DAPAT DIMANFAATKAN...........SEBARANG KOMEN ATAU PERTANYAAN SILA EMAILKAN KE : MYNURFAQEH@GMAIL.COM........
Featured Articles

News

.

Tuesday, June 22, 2010

~ Meninggalkan Solat Jumaat ~


Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a., keduanya mengesahkan bahawa mereka ada mendengar daripada Rasulallah SAW, ketika beginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: " Hendaklah orang yang suka meninggalkan solat Jumaat menghentikan perbuatan ini, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai. " (hadis: Muslim)


Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.


Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syarie sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang yang bermusafir.


Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dari satu kewajipan dalam beribadat kepada Allah SWT, ia juga merupakan syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.


Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

Solat jumaat PASTInya wajib mesti kena tunaikan..!mohon copy paste artikel ni ye..saya linnkan sekali dlm blog nanti..