Post a Comment
Hai anakku! Apabila engkau ingin mencari teman sejati,maka ujilah terlebih dulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau,maka bolehlah engkau ambil sebagai kawan, dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya. ~~~~~~**************************~~~~~~ Perbaikkanlah tutur katamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu,kerana engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya. ~~~~~~**************************~~~~~~ Hai anakku! Apabila engkau berteman,jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu. ~~~~~~**************************~~~~~~ Hai anakku! Jagalah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak berhajatkan kepada pujian atau sanjungan dari orang lain, kerana penguasaannya itu akan menyebabkan diri kamu beroleh. ~~~~~~**************************~~~~~~ Hai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu akan mendatangkan manfaat kepada orang lain. ~~~~~~**************************~~~~~~ Hai anakku! Janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata,kerana engkau diciptakan Allah bukannya untuk urusan dunia sahaja. Tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata. ~~~~~~**************************~~~~~~ Hai anakku! Janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan pasti,janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu. ~~~~~~**************************~~~~~~ Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayang, siapa yang suka berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun, dan barangsiapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal. ~~~~~~**************************~~~~~~ Hai anakku! Bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu.Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disirami air hujan. ~~~~~~**************************~~~~~~ Hai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu,dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhirat. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Jangan engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan aniayakan diri kamu. ~~~~~~**************************~~~~~~ Hai anakku! Jauhilah sifat tamak dan rakus,. Sifat tamak dan rakus hanya menjauhi sesuatu yang sudah dekat dan menghilangkan hikmah yang sudah berada di hati.Puteraku, jauhilah kemarahan yang berlebihan kerana kemarahan berlebihan yang merosakkan hati seorang yang bijak. ~~~~~~**************************~~~~~~ Puteraku, Berbicaralah dengan baik-baik dan buatlah wajahmu berseri-seri. Jika itu kamu lakukan pasti kamu akan lebih disukai oleh orang ramai daripada orang yang memberi mereka. ~~~~~~**************************~~~~~~ Siapa sahaja yang dapat mengambil pengajaran daripada dirinya sendiri maka dia akan mendapat penjagaan daripada Allah. Siapa sahaja yang tetap berlaku adil kepada orang lain walaupun merugikan dirinnya sendiri maka dengan itu Allah akan membuat ia semakin mulia.Berasa hina dalam mematuhi perintah Allah adalah lebih patut dilakukan daripada berbangga dengan kemaksiatan. ~~~~~~**************************~~~~~~ Amal soleh akan membebaskan sesorang yang melakukannya daripada tergelincir. ~~~~~~**************************~~~~~~ Dengarkanlah orang yang sedang bertanya kepadamu sehingga selesai pertanyaanya.Selepas selesai, barulah kamu boleh menjawabnya dengan lemah lembut. bersikaplah seperti seorang ayah yang penyayang kepada anak yatim. Tolonglah orang ynag teraniaya,pasti kamu akan menjadi khalifah Allah di muka buminya. ~~~~~~**************************~~~~~~ Janganlah kamu khianati pada ornag ynag berkhianat. Cukup sudah pengkhianatannya menjadi beban baginya. ~~~~~~**************************~~~~~~ Berterima kasihlah pada orang yang memberi sesuatu kepadamu dan berilah sesuatu keapada orang yang berterima kasih padamu. ~~~~~~**************************~~~~~~ Hidayah adalah pemimpin terbaik.Akhlak yang bagus adalah teman terbaik.bersendirian lebih baik daripada mempunyai teman yang jahat. ~~~~~~**************************~~~~~~ Terlaknatlah orang yang melaknat ayahnya. Terlaknatlah orang yang melaknat ibunya. Terlaknatlah orang ynag menghalangi jalan.Terlaknatlah orang yang menyesatkan orang buta dari jalan.Terlaknatlah orang yang menyembelih namun tidak menyebut nama Allah.Terlaknatlah pula orang yang mengubah tiang ukuran tanah. ~~~~~~**************************~~~~~~ Puteraku, Apabila kamu mneghadiri sesuatu tempat pertemuan maka halakan mereka dengan panah Islam iaitu ucapan salam.Selepas itu, duduk bersama-sama mereka dan jangan kamu berbicara sehingga mereka berbicara.Sekiranya mereka berbicara panjang lebar mengenai zikir Allah maka segerakanlah menghala mereka dengan anak panahmu.Namun,apabila mereka berbicara panjang lebar selain perkara itu, maka berpalingkah dari mereka. ~~~~~~**************************~~~~~~ Puteraku, jadikanlah ketaatan pada Allah sebagai perniagaan pasti kamu akan memperolehi keuntungan yang banyak tanpa menjual apa pun. ~~~~~~**************************~~~~~~ Puteraku, Puncak kehormatan dan kedudukan tertinggi adalah akal yang cerdas. Orang yang cerdas akalnya amaka akan tertutup semua dosa-dosanya,diperbaiki kesalah-kesalahannya dan diredhai oleh Tuhannya. ~~~~~~**************************~~~~~~ Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam dan banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam,layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah. ~~~~~~**************************~~~~~~ Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,yakin dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah S.W.T. Orang yang insaf dari kesalahan setelah menerima nasihat daripada orang lain,dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah S.W.T. jua. ~~~~~~**************************~~~~~~ Hai anakku! Orang yang merasa dirinya lebih rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawaduk kepada Allah,dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat. ~~~~~~**************************~~~~~~ Jauhilah dirimu dari berhutang,kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan hina di waktu malam. ~~~~~~**************************~~~~~~ Hai anakku! Bila engkau menghadapi dua pilihan,menziarahi orang mati atau menghadiri mailis perkahwinan,maka hendaklah engkau memilih menziarahi orang mati. Sebab menziarahi orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada akhirat, sedangkan menghadiri majlis perkahwinan ituhanyalah akan mengingatkan kamu kesenangan duniawi sahaja. ~~~~~~**************************~~~~~~ Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu, dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing sahaja. ~~~~~~**************************~~~~~~ Hai anakku! Bukanlah suatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya seperti orang yang mencari kayu api, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu memikulnya padahal dia masih terus mengumpulkannya. ~~~~~~**************************~~~~~~ Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment