TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MY NURFAQIH..........SEMOGA INFO YANG KAMI PAPAR DAPAT DIMANFAATKAN...........SEBARANG KOMEN ATAU PERTANYAAN SILA EMAILKAN KE : MYNURFAQEH@GMAIL.COM........
Featured Articles

News

.

Wednesday, July 21, 2010


~ Assalamualaikum sahabat2 ku yang di kasihi selalu ~


Pada hari ini Sabtu 26.06.2010
genaplah usiamu 25 tahun.

Tahniahku ucapkan.

Semoga dihari bahagia ini iman dan takwamu berkekalan,
panjang umur , murah rezeki. dan sihat sejahtera.
Tanda kau telah meningkat dewasa, telah di tinggalkan usia remajamu.
Kini dirimu telah matang, menjadi serikandi umah ini dan menjadi muslimah solehah,

Nur,

Namamu sungguh indah.
Seindah wajah dan hati-budimu

Nur bermakna cahaya.
Di hatimu terpancar nur keimanan.
Di wajahmu terpancar nur ketakwaan...nampak bekas sujud!
Di akhlak dan keperibadiaanmu melambangkan ciri-ciri muslimah solehah.
Ingatlah! Sebaik-baik perhiasan dunia adalah muslimah solehah.
Beruntunglah kerana kau memiliki status ini.
Status yang menjadi idaman wanita yang beriman.
Status yang membuatkan dirimu hampir dengan Tuhanmu.
Status yang memudahkan dirimu memasuki Syurga Allah.

Apakah ciri-ciri muslimah solehah?

Muslimah solehah sentiasa menjaga iman dan takwanya dan membuangkan segala sifat-sifat keji yang ada di dalam hatinya.
Muslimah solehah merasakan bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan diakhiratlah kehidupan yang kekal abadi.
Muslimah solehah sentiasa menghiasi dirinya dengan akhlak Islam, menutup aurat, berhati-hati di dalam percakapan dan pergaulannya supaya terhindar daripada kemurkaan Allah.
Muslimah solehah sentiasa menjaga lidahnya daripada mengumpat, memfitnah dan berkata dusta.
Muslimah solehah melakukan ketaatan kepada Allah dan bersedia menjadi isteri dan ibu solehah,

Nur,

Allah tak pandang pada rupa zahirmu,
tetapi Allah pandang apa yang ada pada hatimu.
Kecantikan yang hakiki adalah terletak dihati, jiwa, akhlak dan akalmu.
Cantik pada hatimu bila hatimu redha dan berbaik sangka kepada Allah dan tidak tamakkan harta dunia.
Cantik pada jiwamu bila jiwamu kasih pada anak yatim dan orang miskin.
Cantik pada akhlakmu bila sentiasa menutup aurat dan menjaga pergaulan sesama insan.
Cantik pada akalmu bila akalmu suka menuntut ilmu dan mengutamakan matlamat ukhrawi lebih daripada matlamat duniawi.

Nur,

Dihari bahagiamu ini.....
tidak ada hadiah berupa kalungan rantai emas bertatakan berlian,
tidak ada seutas jam tangan rolex bersalut emas,
tidak ada notebook dan h.p blue berry untuk menyambut hari lahirmu ini.
Yang ada hanya sepotong do'a dapat ku beri tanda persahabatan yang suci.

" Ya Allah, aku bermohon kepadamu, Kau ampunilah segala dosa sahabatku Nur Jihan. Jadikanlah hatinya takut kepada-Mu dan takut kepada siksaan dan Neraka-Mu.Bersihkanlah hatinya daripada syirik, riak, sombong dan takabur.Jadikanlah hatinya cinta dan kasih pada-Mu seperti seorang bayi mengharapkan
kasih sayang ibunya. Baikilah akhlaknya hingga menjadi muslimah solehah yang dapat memasuki Syurga-Mu dimana-mana pintu yang ia kekendaki.

Ya Allah, pilihlah dia menjadi sahabatku di dunia ini sebagai daie dan murabi untuk memikul tugas dakwah dan tarbiyah untuk membela agama-Mu Jadikan dia sahabatku di hari akhirat bersama-sama hamba-Mu yang Kau redhai. Berilah perlindungan kepada kami yang mana ketika itu tidak ada perlindungan lain melainkanperlindungan-Mu. Ya Allah. Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di hari akhirat dan jauhilah kami daripada siksaan api Neraka." Amin..

Nur,

Kau telah dipilih Allah menjadi pendidik dan pendakwah,
untuk mendidik bakal generasi untuk umat ini.
Didiklah mereka dengan iman dan takwa.
Teruskan usaha murnimu ini.
Ganjaran untukmu amat besar disisi Allah.
Persiapkan dirimu berbentuk sedekah jariah,
ilmu yang bermanfaat dan amal-amal soleh,
sebagai bekalanmu yang berterusan seandainya nanti kau berada dialam barzakh.

p/s: Syair yang digubah indah dr teman FB Jihan, mengalir air mata Jihan ketika membaca syair indah ini, Allahuakbar!!! khas buat anda utk dikongsikan bersama...mudah2han anda juga memperoleh keberkatan dan keredhaan dr Allah S.W.T...terima kasih shbtku ......., dan terima kasih shbt2ku semua...:)...

~ Saya sayang anda semua kerana Allah....juga doakan Jihan supaya istiqamah dlm membuat kebaikan... ~

No comments: