TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MY NURFAQIH..........SEMOGA INFO YANG KAMI PAPAR DAPAT DIMANFAATKAN...........SEBARANG KOMEN ATAU PERTANYAAN SILA EMAILKAN KE : MYNURFAQEH@GMAIL.COM........
Featured Articles

News

.

Sunday, June 6, 2010

Kelebihan Bulan Rejab


Sabda Nabi s.a.w: “Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat”

Sabda Nabi s.a.w : “Bulan Rejab bulan Allah…Bulan Sya’aban bulanku…Bulan Ramadhan bulan umatku…”
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya…Sya’aban dengan malam NISFUnya dan Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab doanya…
Kelebihan berpuasa di bulan Rejab:·

1) Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
2) Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya.
3) Puasa 3 hari dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
4) Puasa 4 hari diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar2 dan daripada fitnah Dajjal di hari Kiamat.
5) Puasa 5 hari pada bulan Rejab…aman daripada azab kubur.
6) Puasa 6 hari di bulan Rejab…keluar kubur bercahaya muka.
7) Puasa 7 hari pada bulan Rejab…ditutup daripada tujuh pintu neraka.
8) Puasa 8 hari…dibuka baginya lapan pintu syurga.
9) Puasa 9 hari pada bulan Rejab…keluar dari kuburnya lalu MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia dari masuk syurga.
10) Puasa 10 hari…Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titian SiratulMustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari Kiamat. Dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat dia atas Titian SiratulMustaqim.
11) Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah didalam Syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah disyurga.
12) Puasa 19 hari pada bulan Rejab…dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
13) Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur)

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga. Puasa sehari pada bulan Rejab juga seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Berkata Saidina Ali: “ Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun…Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun…Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun”
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang²nya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar…dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat…dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan rejab dan sedekanya pada bulan rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab Bulan Allah…bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji² berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali pada bulan Rejab…di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya " Telah wajib hakmu atasku, maka mintalah olehmu kepadaku. Demi ketinggianku dan kebesaranku, tidak aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranku dibawah arasyku, engkau kekasihku daripada segala makhlukku, engkau terlebih mulia atasku. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraku dan antara kau." (Dari Kitab Raudatul Ifkar)

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada Bulan rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam Syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al Quran dinaik ketika berlalu di Titian SiratulMustaqim).

REJAB ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatnya, kemurahannya terhadap hamba²nya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah kelebihan² Bulan Rejab yang memberi banyak manfaat dan peluang untuk kita beribadat….Oleh itu janganlah melepaskan peluang ini…marilah kita sama² mengisi Bulan Rejab dengan amalan² yang berfaedah…Semoga kita mendapat rahmatnya…InsyaAllah...


REJAB bulan menabur benih…
SYA’ABAN pula meyiram tanaman…
RAMADHAN bulan menuai…

REJAB bulan menyucikan badannya…
SYA’ABAN menyucikan hatinya…
RAMADHAN menyucikan rohnya…

REJAB bulan taubat…
SYA’ABAN bulan muhibbah…
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan amalan…


Selamat beramal,...
Wallahua'lam...

No comments: