wahai kamu …
saya tak pernah mengenali kamu …
saya tak pernah lihat kamu …
tapi kamu datang …
saat saya perlukan seseorg seperti kamu …
pernah juga saya bertanya, adakah kamu yang saya kenali?
saya takut tapi saya cuba kerana risau luka lama akan kembali terguris.
saya sukakan kamu, saya dah simpan perasaan terhadap kamu...
tapi kamu malah byk berdiam, sering lari dr soalan yg saya ajukan utk kamu
saya suka cara kamu.
saya cuba ikut rentak kamu, saya suka apa yang kamu suka, saya rela apa yg kamu rela.
tp akhirnya saya sedar, bila hati dah mula berkuasa..
akal pun tidak berguna.
kamu tetap dengan pendirian kamu, tetap diam & terus berdiam.
tapi tak mengapa, saya bersyukur pada yang Maha Esa...
kamu dah byk mengajar saya, kamu dah byk sedarkan saya.
saya tak akan katakan lagi apa yang saya rasa, biarlah ia menjadi rahsia.
saya benar-benar sayangkan kamu, benar-benar cintakan kamu.
tapi perasaan itu yang kamu selalu katakan ianya nafsu dlm percintaan
saya akur, saya turuti kamu kerana kamu, saya berdiri kembali...
sejak dr kata-kata itu…
sangat memberi kesan yg amat dlm pd diriku
kamu dah banyak mengubah saya tanpa saya sedar.
terima kasih buat kamu.....
kata-kata kamu selalu menjadi semangat untuk saya terus bangun dr kekecewaan lama.
tiap kali saya membaca status kamu, tiap itu lah datang nya semangat
itu la inspirasi.
bila saya sunyi, saya nak berYM dgn kamu..
hati memberontak...kadang-kadang saya seolah-olah nak cari kamu dimana.
nak berbicara, saya tenang bila mana YM saya berbalas
kamu selalu menegur, kamu juga selalu memarahi saya,
tapi saya tak pernah rasa kecil hati,..
kerana saya puas bila mendengar teguran dr kamu …
entah...mungkin saya rasa perasaan yang cukup tenang.
jangan bermain dgn perasaan ..
itulah pesanan kamu yang selalu kamu ingatkan.
tapi kenapa? saya cuba fahami kamu
tapi baru kini saya mengerti.
bukan baru bg kamu,
bukan mudah bg org lain yang pernah rapat dengan kamu.
tp saya kagum dengan kamu, kamu ternyata berbeza.
mungkin ada tanggapan saya terhadap kamu amat jauh bezanya.
saya tak nak kehilangan kamu,
biarlah walau sesaat pun.
saya tetap mahu bersama kamu.
saya mendoakan agar ada jodoh bersama kamu,
tapi andai tiada biarlah kita kekal sebagai sahabat.
kekal dunia akhirat.
saya gembira pabila kamu gembira.
saya seronok pabila tgk kamu happy
saya tenang bila berYM dgn kamu.
saya tiada apa-apa untuk dijanjikan
tapi tolonglah jgn membuatkan saya berasa jauh dari kamu
biarlah saya memperbaiki kesilapan lama...
tunggulah saya dengan saya yang baru..
berilah saya masa...
Jangan biarkan orang lain nampak kelemahan kita..
Jangan terlampau rendah diri...
cari mana kehebatan diri...
tapi saya tak mengharap kamu tunggu saya,
kerna saya juga tak akan menunggu kamu...
bukan kerna saya tak mahu,
kerna saya tahu kamu juga begitu...
News
.
Monday, June 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment