Seringkali
dalam kehidupan ini kita didatangkan pelbagai ujian dan cubaan..sama ada kita
rebah atau semakin gah berdiri menghadapi segala rintangan yang mendatang.
Mungkin masalah cinta, keluarga, pelajaran dan sebagainya. Menebak jauh ke dasar
hati,memikirkan isu terhangat di pasaran, seringkali masalah Adam dan Hawa yang
menjadi topiknya. Mungkin ada pihak yang sudah bosan dan jelek dengan topik
ini. Tapi apakan daya, tajuk ini umpama 'pisang goreng panas', hangat di perdebatkan
dari semasa ke semasa.
Ada yang bercinta sekian lama tapi terputus di tengah jalan. Ada yang baru bercinta sudah selamat diijab kabulkan..ada juga yang tidak kenal tapi sudah mampu tersenyum bahagia bersama si dia! Subhanallah! Indah sungguh aturan Allah itu. Tidak mampu terduga dek hati yang masih samar-samar ini. Bagi yang dapat merasai keindahan itu, dia akan bersyukur kerana diberi kesempatan merasai nikmat tersebut. Namun bagi yang tidak dapat merasainya, sebaliknya tenggelam dalam rasa kekecewaan, apa yang diharap tidak menjadi. Plan nak jadi kaya, gaji besar namun masih jua berada di takuk yang sama. Berusaha sehabis daya untuk mendapat kenaikan pangkat, tapi nasib tak menyebelahi kita. Ada yang lebih layak. Bersyukurlah, kerna mungkin apa yang diidam-idamkan itu bukan milik kita. Ada sesuatu yang telah Allah sediakan buat kita.
Wahai hati yang mendamba redha Ilahi,
Jika inginkan keredhaan, belajarlah untuk meredhai. InsyaAllah hati akan tenang. Bagaimana? Belajarlah memaafkan. Hati tidak dapat menerima suatu takdir yang telah ditetapkan buat kita, kerana masih ada secebis rasa tidak puas hati yang wujud dalam diri. Andai hari ini kita tidak berjaya..teruskan berusaha. Kerna kejayaan itu pasti tiba cumanya kita tidak tahu, entah esok atau lusa.
Apa yang tersingkap semalam merupakan cebisan kenangan yang bisa dijadikan pedoman bagi menghadapi masa depan yang masih jauh..ingatlah Allah sentiasa bersama hambaNya...maka berdoalah dan teruskan berharap setinggi langit.. Kerna mungkin ada permata yang bernilai di lautan yang masih tidak kelihatan..=)
p/s : sesungguhnya kita manusia tiada apa untuk dibanggakan jika setiap tingkah laku kita yang baik mahupun buruk semuanya terjadi kerana Allah Yang Maha Berkuasa. Tiada satu pun berada di bawah kawalan kita. Sedangkan hari esok pun belum dapat dijangka!! Renungkan wahai mata hati..jangan biarkan hati ini mati. Tiada jaminan apapun di dunia ini melainkan jaminan dari Ilahi. =)
Wahai hati yang sepi
Jangan biarkan ia kosong tidak terisi
Kerna andai ini terjadi
Hati ini akan mati
Walau nadi masih berdenyut tidak terhenti
Wahai hati yang sepi
Apalah erti hidup ini
Jika sekeping hati dibiarkan mati
Seolah patung yang bergerak sesuka hati
Tanpa sebarang pengertian lagi
Hilang punca dan tujuan diri
Wahai hati yang sepi
Teruskan mencari dan memahami
Dapatkan kembali pengertian yang semakin menjauhi
Agar ia tidak pergi meninggalkan diri
Sesungguhnya sinar itu lah yang dicari
Sinar keimanan yang semakin menerangi
Sebuah hati yang telah lama sunyi dan sepi
Mengharapkan dambaan kasih dari Ilahi..