TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MY NURFAQIH..........SEMOGA INFO YANG KAMI PAPAR DAPAT DIMANFAATKAN...........SEBARANG KOMEN ATAU PERTANYAAN SILA EMAILKAN KE : MYNURFAQEH@GMAIL.COM........
Featured Articles

News

.

Saturday, May 29, 2010






Bagi Lelaki & Wanita
Hukum Onani (Masturbasi)



Oleh Zaharuddin Abd Rahman,

Assalamualaikum, Apakah Hukum melakukan onani?

Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-
Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang
bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus
sirriyah).

Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya
Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:

"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orangorang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)

Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada
tempatnya.

Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan.
Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan

Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

Karena takut berbuat zina.

Karena tidak mampu kawin.


Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan
gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke
dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di
tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya
terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak
berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah
tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.

Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan
oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu
kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah,
mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan
keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang
mu'min.

Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)

Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam

Walaupun demikian, berikut adalah ulasan lanjut saya ( sila buka ) :-
Terlalu banyak persoalan berkenaan onani ini. Kotak email dan ruangan komentar
di web saya ini juga tidak terlepas dari pertanyaan seumpama ini.
Ada sebahagiannya terpaksa saya dan admin 'delete' kerana bahasa dan
bentuk soalannya yang kurang sesuai.

Antara soalan-soalannya :-
1) " ...ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu
saya telah melakukan onani di siang hari bulan ramadhan."
2) "Assalammualaikum... Saya sudah berumur 24 tahun, saya sering
beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara
keji ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang
seksi.
3) "Saya tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk
memuaskan nafsu saya dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada
siang hari di bulan ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya
serta hukumannya."
4) "Saya juga ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal
dah perbuatan saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap
kali saya beronani."
5) "Salam..ustaz adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air
mazi dan mani?adakah kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat
jelaskan.terima kasih"
6) "Salam, saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..
kadang kala apabila teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan
kadang kala sehingga melakukan onani..apakah hukumnya?"
Sebeban Alasan

Dalam masa yang sama, adakalanya terlalu banyak pula alasan dan sebab
yang diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau mana-mana individu
yang ditanya akan mengatakan harus baginya.
"Seolah-olah ingin menjadikan kita sebagai jambatannya 'ke neraka', then
kat akhirat dok tuding jari kepada kita" kata seorang rakan saya yang juga
seorang penceramah aktif di Lembah Klang.
Selain hukum khas bagi perbuatan tidak sihat ini. Lebih dari itu, kebanjiran
soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi semakin bimbang dengan
keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.

Virus Bermula
Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan wanita sedang
menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap
perkara nafsu syahwat yang haram.

Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran
kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang agama' dalam diri
seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula menguasai
sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan lainlain.

Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang
haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.
ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف لله له عبادة يجد حلاوتھا
Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At- Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)

Juga disebut dalam sebuah athar :
النظر سھم مسموم من سھام إبليس

Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)

Malah ia juga bakal merosakkan hati :-

كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم لله

Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)

Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran
hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.
Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia
juga merupakan pintu mula kepada zina.

Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat
seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak
dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan menjerumus
kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan ditamatkan
dengan zina yang tiada had kepuasannya.

Memang itu sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas. Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-

لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ

Ertinya : Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu
penyakit dalaman yang serius. Saya cuba memperkemaskan huraian berkenaan
onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi terhadap masalah
Onani yang telah saya siarkan di web ini.


Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati
bahawa hukum Onani adalah : -

1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar
seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.
Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah
oleh Allah s.w.t :-

وَالَّذِينَ ھُمْ لِفُرُوجِھِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِھِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُھُمْ فَإِنَّھُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ ھُمُ الْعَادُونَ
Ertinya : "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al- Mukminun : 5-7)

Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan
isteri atau suami yang sah sebagai :-

a) Malumin : Ertinya : "tercela"
b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"
2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya
ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa melakukan
seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.

Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti akan terjerumus'
iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia
telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman
wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.

Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai
teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau
kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin merealisasikan
niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia boleh terjerumus
ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara akibat terdesak
dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama itu TIDAK
boleh dipakai sewenang-wenangnya.

3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat
dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri seperti menjadi kegemarannya
untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari tindakannya
itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu, tindakan onaninya
bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja mendorong kepada
terdesak itu.

Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat ternampak
dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang
elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.

4) Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga
menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi
mempunyai kesan negatif kepada kesihatan.


Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail
Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-

1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga
Beliau menyebut :-

Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan
seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila
beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi
kepuasan seperti anda kecapi secara onani.

Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan
masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan
cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak
dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk
Beliau menyebut :-

Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga
mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu
hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan
kesannya.

Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau
dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur
faraj perempuan.

3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki
Beliau berkata :
Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku
pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan
kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak
lagi dihasilkan ‘kilang'.

Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal
seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu
anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.

Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi
semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan
menjadi mandul.

Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali
berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar,
kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.

Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika
zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan
dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.

Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya.
Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat,
anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna,
hidup anda merana selama-lamanya!



Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan adalah mendidik hati dan diri
agar mampu mengawal nafsu berikut :-

1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita dari melayani ajakan pergaduhan
semasa berpuasa.

2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita di tegah makan dan minum di
siang hari.

3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan untuk bangun sahur.

4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan untuk elakkan ‘bersama' isteri di
siang hari Ramadhan.

Amat diharapkan Ramadhan yang baru berlalu dapat menghasilkan kemampuan
kekangan segala nafsu melampau dalam hal yang disebut di atas.
Teringat saya kepada khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Prof. Dr Sano
Qutoub Mustafa ( Prof Syariah di UIAM ) pada 19 Oktober yang lalu. Beliau
mengatakan

"jika keadaan iman dan amalan anda selepas Ramadhan adalah sama atau
lebih teruk dari sebelumnya, ia adalah tanda anda tidak mendapat keampunan
Allah pada bulan Ramadhan yang lalu"
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman | 11 Syawwal 1428 H

4 comments:

faqih said...

test komen

Anonymous said...

Alhamdulillah...ilmu baru... moge ini dapat m'beri KESEDARAN pd semua umumnya dan REMAJA MUSLIM khasnya...
tp ada persoalan yg sy agk berminat tp tiada jwpn-"apa bezanya air
mazi dan mani?"...
so,hope can be answered...

faqih said...

bismillahirrahmanirrahim... beza air mani dan mazi..

air mazi adalah najiz mutawashitah yakni najis sederhana..cara mencucinya adalah dengan membasuh sehingga hilang 3 perkara iaitu warna,bau,rasa.

manakala, air mani adalah suci yakni mutlak, layak untuk minum.. tp tak dibuat orang..

dari fizikalnya pula.. waktu keluarnya air mazi adalah disebabkan oleh berikut..
bekerja keras seperti kerja kontrak.. (binaan) atau sukan. selain itu permulaan nafsu syahwat..

manakala air mani pula hanya akan keluar ketika nafsu syahwat klimax. yakni keluar secara terdesak..

tersebut adalah bagi lelaki..


Bagi wanita pula, air mazi adalah najis seperti diatas. ia keluar ketika nafsu klimax bagi melancarkan hubungan intim yang dilakukan bersama suami.

manakala mani wanita akan kekal di pangkal faraj yakni ovari.. selepas persenyawaan mani wanita (ovum) akan perpindah ke faraj lalu berlaku proses persenyawaan seterusnya..

Wallahualam.. semoga ia menjadi ilmu untuk kebaikan bersama semuanya kuasa Allah.. jauhilah zina kerana ia adalah dosa kedua terbesar dan amat sukar diampun.. kecuali taubat nasuha dan terima hukuman 80sebatan bg yang belum nikah dan rejam sampai mati bg yang telah bernikah..

Anonymous said...

k,tq..