Jika kita merasa kesunyian, berzikirlah atau bersolatlah kerana
disitu adalah hubungan utama kita dengan ALLAH SWT. Hubungan dengan
ALLAH SWT lebih bersifat kerohanian kerana ia adalah berkaitan dengan
roh dan hati.
Tatkala kita merasa sunyi tanpa hubungan dengan manusia, sunyi itu
membawa kita lebih mengingati ALLAH SWT. Barangkali rasa sunyi itu
petanda untuk kita lebih tunduk dan khusyuk kepada ALLAH SWT. Ketika
itu, mintalah bantuan ALLAH SWT, PengampunanNYA, RahmatNYA, Kasih
SayangNYA, HidayahNYA untuk memenuhi ruang hati kita sehingga kita
benar-benar cinta kepada ALLAH SWT.
"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk
atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan
langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah
Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharakanlah kami dari siksa neraka". (Surah Ali-Imran ayat 191)
"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah
sahajalah hati akan menjadi tenteram".(Surah Ar-Ra'd ayat 28)
Anda Tidak Pernah Keseorangan!!!
هُوَ
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ
ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۚ يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا
يَخۡرُجُ مِنۡہَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا يَعۡرُجُ فِيہَاۖ
وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ
بَصِيرٌ۬
Dialah yang telah menciptakan
langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy;
Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya
dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia
tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha
Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
(Surah Al-Hadid 57: Ayat ke 4)
News
.
Wednesday, October 12, 2011
Monday, June 20, 2011
~ Wahai Sekeping Hati ~
Seringkali
dalam kehidupan ini kita didatangkan pelbagai ujian dan cubaan..sama ada kita
rebah atau semakin gah berdiri menghadapi segala rintangan yang mendatang.
Mungkin masalah cinta, keluarga, pelajaran dan sebagainya. Menebak jauh ke dasar
hati,memikirkan isu terhangat di pasaran, seringkali masalah Adam dan Hawa yang
menjadi topiknya. Mungkin ada pihak yang sudah bosan dan jelek dengan topik
ini. Tapi apakan daya, tajuk ini umpama 'pisang goreng panas', hangat di perdebatkan
dari semasa ke semasa.
Ada yang bercinta sekian lama tapi terputus di tengah jalan. Ada yang baru bercinta sudah selamat diijab kabulkan..ada juga yang tidak kenal tapi sudah mampu tersenyum bahagia bersama si dia! Subhanallah! Indah sungguh aturan Allah itu. Tidak mampu terduga dek hati yang masih samar-samar ini. Bagi yang dapat merasai keindahan itu, dia akan bersyukur kerana diberi kesempatan merasai nikmat tersebut. Namun bagi yang tidak dapat merasainya, sebaliknya tenggelam dalam rasa kekecewaan, apa yang diharap tidak menjadi. Plan nak jadi kaya, gaji besar namun masih jua berada di takuk yang sama. Berusaha sehabis daya untuk mendapat kenaikan pangkat, tapi nasib tak menyebelahi kita. Ada yang lebih layak. Bersyukurlah, kerna mungkin apa yang diidam-idamkan itu bukan milik kita. Ada sesuatu yang telah Allah sediakan buat kita.
Wahai hati yang mendamba redha Ilahi,
Jika inginkan keredhaan, belajarlah untuk meredhai. InsyaAllah hati akan tenang. Bagaimana? Belajarlah memaafkan. Hati tidak dapat menerima suatu takdir yang telah ditetapkan buat kita, kerana masih ada secebis rasa tidak puas hati yang wujud dalam diri. Andai hari ini kita tidak berjaya..teruskan berusaha. Kerna kejayaan itu pasti tiba cumanya kita tidak tahu, entah esok atau lusa.
Apa yang tersingkap semalam merupakan cebisan kenangan yang bisa dijadikan pedoman bagi menghadapi masa depan yang masih jauh..ingatlah Allah sentiasa bersama hambaNya...maka berdoalah dan teruskan berharap setinggi langit.. Kerna mungkin ada permata yang bernilai di lautan yang masih tidak kelihatan..=)
p/s : sesungguhnya kita manusia tiada apa untuk dibanggakan jika setiap tingkah laku kita yang baik mahupun buruk semuanya terjadi kerana Allah Yang Maha Berkuasa. Tiada satu pun berada di bawah kawalan kita. Sedangkan hari esok pun belum dapat dijangka!! Renungkan wahai mata hati..jangan biarkan hati ini mati. Tiada jaminan apapun di dunia ini melainkan jaminan dari Ilahi. =)
Wahai hati yang sepi
Jangan biarkan ia kosong tidak terisi
Kerna andai ini terjadi
Hati ini akan mati
Walau nadi masih berdenyut tidak terhenti
Wahai hati yang sepi
Apalah erti hidup ini
Jika sekeping hati dibiarkan mati
Seolah patung yang bergerak sesuka hati
Tanpa sebarang pengertian lagi
Hilang punca dan tujuan diri
Wahai hati yang sepi
Teruskan mencari dan memahami
Dapatkan kembali pengertian yang semakin menjauhi
Agar ia tidak pergi meninggalkan diri
Sesungguhnya sinar itu lah yang dicari
Sinar keimanan yang semakin menerangi
Sebuah hati yang telah lama sunyi dan sepi
Mengharapkan dambaan kasih dari Ilahi..

Monday, June 13, 2011
~ Buat Dirimu ~
wahai kamu …
saya tak pernah mengenali kamu …
saya tak pernah lihat kamu …
tapi kamu datang …
saat saya perlukan seseorg seperti kamu …
pernah juga saya bertanya, adakah kamu yang saya kenali?
saya takut tapi saya cuba kerana risau luka lama akan kembali terguris.
saya sukakan kamu, saya dah simpan perasaan terhadap kamu...
tapi kamu malah byk berdiam, sering lari dr soalan yg saya ajukan utk kamu
saya suka cara kamu.
saya cuba ikut rentak kamu, saya suka apa yang kamu suka, saya rela apa yg kamu rela.
tp akhirnya saya sedar, bila hati dah mula berkuasa..
akal pun tidak berguna.
kamu tetap dengan pendirian kamu, tetap diam & terus berdiam.
tapi tak mengapa, saya bersyukur pada yang Maha Esa...
kamu dah byk mengajar saya, kamu dah byk sedarkan saya.
saya tak akan katakan lagi apa yang saya rasa, biarlah ia menjadi rahsia.
saya benar-benar sayangkan kamu, benar-benar cintakan kamu.
tapi perasaan itu yang kamu selalu katakan ianya nafsu dlm percintaan
saya akur, saya turuti kamu kerana kamu, saya berdiri kembali...
sejak dr kata-kata itu…
sangat memberi kesan yg amat dlm pd diriku
kamu dah banyak mengubah saya tanpa saya sedar.
terima kasih buat kamu.....
kata-kata kamu selalu menjadi semangat untuk saya terus bangun dr kekecewaan lama.
tiap kali saya membaca status kamu, tiap itu lah datang nya semangat
itu la inspirasi.
bila saya sunyi, saya nak berYM dgn kamu..
hati memberontak...kadang-kadang saya seolah-olah nak cari kamu dimana.
nak berbicara, saya tenang bila mana YM saya berbalas
kamu selalu menegur, kamu juga selalu memarahi saya,
tapi saya tak pernah rasa kecil hati,..
kerana saya puas bila mendengar teguran dr kamu …
entah...mungkin saya rasa perasaan yang cukup tenang.
jangan bermain dgn perasaan ..
itulah pesanan kamu yang selalu kamu ingatkan.
tapi kenapa? saya cuba fahami kamu
tapi baru kini saya mengerti.
bukan baru bg kamu,
bukan mudah bg org lain yang pernah rapat dengan kamu.
tp saya kagum dengan kamu, kamu ternyata berbeza.
mungkin ada tanggapan saya terhadap kamu amat jauh bezanya.
saya tak nak kehilangan kamu,
biarlah walau sesaat pun.
saya tetap mahu bersama kamu.
saya mendoakan agar ada jodoh bersama kamu,
tapi andai tiada biarlah kita kekal sebagai sahabat.
kekal dunia akhirat.
saya gembira pabila kamu gembira.
saya seronok pabila tgk kamu happy
saya tenang bila berYM dgn kamu.
saya tiada apa-apa untuk dijanjikan
tapi tolonglah jgn membuatkan saya berasa jauh dari kamu
biarlah saya memperbaiki kesilapan lama...
tunggulah saya dengan saya yang baru..
berilah saya masa...
Jangan biarkan orang lain nampak kelemahan kita..
Jangan terlampau rendah diri...
cari mana kehebatan diri...
tapi saya tak mengharap kamu tunggu saya,
kerna saya juga tak akan menunggu kamu...
bukan kerna saya tak mahu,
kerna saya tahu kamu juga begitu...

Sunday, June 12, 2011
~ Aku Malu PadaMU YA ALLAH ~
ALLAH telah memberi nikmat yg terlalu @ terlampau byk kpd kita -
dr situ juga kita membesar semuanya hasil dr nikmatNYA -
bukan dr yg lain -
sepatutnya -
kita lebih malu utk melakukan maksiat kepadaNYA -
kita malu utk berbuat dosa -
kita malu utk lambat berbuat kebaikan & ketaatan -
kita malu kerana melambatkan memohon keampunan drNYA -
taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda-tunda -
kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia -
jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit -
maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok -
& akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran -
dgn beribadat -
dapat menghapuskan diri dari melakukan perkara keji & mungkar -
kita sedar tapi kita masih berbuat -
masih lagi lalai & leka -
masih lagi suka berbuat jahat -
adakah tiada isi @ makna dlm setiap ibadah kita -
ALLAH !!
ternyata kita terikut-ikut dgn pujukan musuhnya yakni syaitan -
kita tertipu ya Rabbi ...
dalam kebaikan yg kita smpikan terselit kejahatan yg besar -
ALLAHUAKBAR !! malu ya ALLAH !
Dosa kecil menjadi besar kerana beberapa sebab, di antaranya ialah jika dilakukan secara berterusan dan tidak ada azam untuk meninggalkannya. Oleh sebab itu, ada yang mengatakan -
"Tidak ada dosa kecil bersama adanya azam untuk terus melakukan, dan tidak ada dosa besar bersama adanya permohonan meminta keampunan" -
Perbuatan dosa besar yang dilakukan sekali dan tidak diulangi, harapan untuk memperoleh keampunan terhadapnya lebih besar daripada dosa kecil yang dilakukan secara berterusan -
YA ALLAH -
biarlah cintaMU merawatku -
bukan cinta dr yg lain -
ALLAH !! moga-moga !
YA ALLAH -
padaMU ku memohon -
moga ALLAH memandang kita dgn cinta & kasihNYA -
ameen ya Rabb -

Saturday, June 4, 2011
~ MELATIH DIRI MENAHAN NAFSU &SYAHWAT ~
ALLAH SWT telah memberikan wahyu kepada Nabi Musa as : -
"Wahai Musa, jika engkau ingin Aku lebih dekat kepadamu daripada ucapanmu kepada lisanmu, daripada keraguan hatimu kepada hatimu, daripada rohmu kepada badanmu,daripada cahaya penglihatanmu kepada matamu dan daripada pendengaranmukepada telingamu, maka perbanyakkanlahmembaca selawat ke atas Muhammad SAW"
Watak nafsu adalah merasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau rela menuruti rayuannya, hancurlah engkau. Jika engkau lambat memperhitungkannya tentu akan tenggelam. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia akan melemparmu ke Neraka. Nafsu tidak akan pernah menuju kepada kebaikan. Ia sumber bencana. Dialah markas Iblis serta tempat segala keburukan yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT mengetahui segala apa yang engkau perbuat, baik mahupun buruk.
Jika seorang hamba mahu merenungi umurnya yang telah lanjut untuk mencari Akhirat, maka sesungguhnya ia menyucikan hati. Seperti disebutkan oleh Rasulullah SAW: "Berfikir sesaat itu lebih baik daripada ibadah setahun."
Demikian dalam tafsir Abu Laits. Maka sayugianya bagi orang yang berakal segera bertaubat atas dosa yang telah lalu, dan memikirkan akan bekal mencapai keselamatan di Akhirat. Dia memutuskan angan-angan keduniaan, segera bertaubat, mengingat Allah swt, meninggalkan larangan-larangan-Nya, sabar menahan nafsu dan tidak memperturutkan keininan syahwat. Ingat! NAFSU ADALAH BERHALA. Barangsiapa menuruti nafsu bererti menyembah berhala. Orang yang menyembah Allah SWT, dialah yang mampu menahan nafsunya.Diceritakan bahawa Malik bin Dinar berjalan di pasar Basrah. Dia melihat buah tin hingga tumbuh keinginannya terhadap buah itu. Dia membuka kasutnya dan dia memberikan kepada penjual buah itu, seraya berkata,
"Berilah aku buah itu." dan si penjual melihat sandalnya, seraya berkata,
"Oh ini tidak cukup!"
Kemudian Malik berlalu. Maka dikatakan kepada penjual itu,
"Apakah engkau tidak mengetahui siapakah dia?"
Penjual itu menjawab, "Tidak."
Dikatakan kepadanya,"Dialah Malik bin Dinar."
Dengan segera penjual itu meletakkan bakul di bahu pelayannya seraya berkata,
"Jika dia menerima buah ini daripadamu, maka engkau merdeka!"
Kemudian pelayan itu pergi mengikut Malik bin Dinar lalu berkata padanya,
"Terimalah buah ini daripadaku."
Tetapi Malik menolak.
"Terimalah sebab di sinilah kemerdekaanku." kata pelayan itu. Kemudian Malik menjawab,
"Jika di sini kemerdekaan bagimu, di sini pulalah seksaan bagiku."
Namun pelayan itu tetap juga mendesak-desak. Sehingga Malik bin Dinar berkata,"Aku bersumpah tidak akan menjual agama dengan buah tin dan aku tidak mahu makan buah tin itu sampai hari Kiamat!"
Diceritakan pula bahawa Malik bin Dinar sedang sakit menghadapi mautnya. Dia ingin segelas madu dan susu untuk dimakan dengan roti panas. Pelayan segera menyediakannya. Kemudian Malik mengambil dan memandangnya sejenak seraya berkata,
"Wahai nafsu, engkau telah bersabar selama tiga puluh tahun, padahal umurmu tinggal sesaat lagi."
Maka dia membuang gelas itu daripada tangannya, dia menahan nafsunya hingga dia meninggal. Demikianlah sifat para anbiya', aulia', siddiqin dan zahidin serta orang-orang yang merindukan Allah SWT.
Telah berkata Nabi Sulaiman bin Daud as:"Sesungguhnya mengekang nafsu itu lebih sulit daripada membuka sebuah kota bersendirian."
Ali bin Abi Talib ra juga berkata: -
"Aku dan nafsuku bagaikan gembala dengan kambingnya. Jika aku menahannya dari satu sisi, dia melompat dari sisi lain. Barangsiapa dapat menjinakkan nafsunya, dia akan dibungkus dengan kafan rahmat dan dikubur dalam bumi karomah. Tetapi barangsiapa yang membunuh hatinya, terbungkuslah dia dalam kafan laknat serta terkubur alam bumi azab!"
Zahya bin Muaz Ar Razi berkata: -
"Perangilah nafsumu dengan taat dan riadah (latihan rohani). Riadah adalah mengurangi tidur, makan mahupun bercakap;menahan kepedihan daripada makhluk. Sedikit tidur akan menyucikan kehendak, sedikit berkata akan terselamat daripada bencana. Dan menahan pedih dapat menghantarkan sampai ke puncak. Bahkan sedikit makan dapat menundukkan syahwat. Sesungguhnya banyak makan dapat mengeraskan hati dan menghilangkan cahayanya. Dan cahaya hikmah adalah lapar. Serta kenyang dapat menjauhkan seseorang daripada Allah SWT."
Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda: -
"Terangilah hatimu dengan lapar. Perangilah nafsumu dengan lapar dan haus. Serta sentiasalah mengetuk pintu Syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan membela agama Allah swt. Dan sesungguhnya tidak ada amal yang lebih disukai oleh Allah swt daripada lapar dan haus. Tidak akan ke kerajaan langit seseorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah."
Telah berkata Abu Bakar as-Siddiq ra: -
"Aku tidak pernah kenyang semenjak aku masuk Islam agar kutemukan lazatnya beribadah kepada Tuhanku. Dan aku tidak pernah minum puas semenjak masuk Islam kerana rindu berjumpa dengan Tuhanku. Ini kerana jika banyak makan akan sedikit beribadah. Sesungguhnya jika orang banyak makan beratlah badannya, mengantuk dan lemahlah anggota badannya sehingga tidak membuahkan sesuatu. Dia tidur melulu bagaikan bangkai terbuang."
Demikianlah dalam kitab 'Minhajul Abidin'.Daripada Luqman Al Hakim, dia berkata kepada puteranya:
"Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barangsiapa memperbanyak keduanya, pada hari Kiamat dia miskin amal soleh." Ini tersebut dalam kitab 'Maniyyatul Mufti'. Rasulullah SAW telah bersabda: -
"Janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air."
Orang-orang soleh menafsirkan perut ibarat kuali di bawah hati. Jika terisi banyak akan menggenangi hati sehingga menjadi kotor dan hitam. Di samping itu banyak makan dapat mengurangi kecerdasan dalam mencari ilmu.Diceritakan daripada Zakaria bin Yahya as. Dia melihat Iblis membawa beberapa tali. Kemudian dia bertanya,
"Apa itu?"
Iblis menjawab: "Inilah 'syahwat'. Dengan ini akan aku akan ikat anak cucu Adam."
Yahya bertanya lagi, "Apakah kau pernah mengikatku dengan itu?"
Iblis menjawab, "Tidak. Hanya pada suatu malam engkau makan sampai kenyang kerananya aku beratkan engkau melakukan solat."
Kemudian Yahya berkata,
"Sesungguhnya telah kejadian itu aku tidak akan makan sampai kenyang selamanya."
Iblis juga berkata, "Sesungguhnya aku tidak akan melepaskan seseorang selamanya."
Demikianlah orang yang tidak pernah kenyang selama hidupnya kecuali satu malam. Bagaimana orang yang tidak pernah lapar kecuali satu malam lalu mengharapkan lazatnya ibadah? Diceritakan juga daripada Yahya bin Zakaria as. Pernah satu kali dia kekenyangan makan gandum. Pada malam itu dia tertidur ketika berwirid. Kemudian Allah SWT memberi wahyu kepadanya seraya berfirman,
"Apakah engkau menemukan rumah untukmu yang lebih bagus daripada rumah-Ku? Apakah engkau menemukan teman yang lebih baik daripada berteman denganku? Demi kemuliaan dan keagungan-Ku jika engkau melihat syurga Firdaus lalu melihat neraka Jahanam, pastilah engkau akan menangis mengeluarkan nanah sebagai ganti air mata dan engkau akan memakai besi bagi menggantikan kain".
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2472-melatih-diri-menahan-nafsu-dan-syahwat.html

ALLAH SWT telah berfirman : -
Ertinya: "Hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang diusahakannya untuk hari esok (hari Kiamat)"
(Q.S. al Hasyr: 18)
Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada Iblis. Syaitan hanyalah memperalat nafsu syahwat untuk menguasaimu. Janganlah engkau tertipu oleh nafsumu dengan segala angan-angan dan kepalsuan.

Sunday, March 27, 2011
- FATIMAH BINTI ABDUL MALIK -
" Ambillah segala hartaku ini ... "
:: Sewaktu dipilih menjadi khalifah, Sayidina Umar Ibnu Aziz telah berkata kepada isterinya:
" Wahai isteriku, kalau engkau mahu, aku lepaskan dirimu kerana tugas sbg khalifah amat berat sekali utk dipikul. Aku takut aku tidak dapat menunaikan kewajipan & tanggungjwbku sbg suami ke ats dirimu dgn sempurna. Aku terpaksa memikirkan masyarakat lebih daripada keperluanmu. " ...
ALLAH !!!
:: Lalu dijawab oleh Fatimah: Wahai suamiku, aku sanggup menempuh perjalanan perjuanganmu yg terlalu sukar itu. Nah! ambillah segala perhiasan yg ada pd diriku & segala hartaku hatta segala keperluan hidupku, aku korbankan ia utk perjuangan yg maha suci ini ...
ALLAH !! ALLAH !! ALLAH !!
ALLAHUAKBAR ~
:: Wahai isteri-isteri yg menjadi pendamping suami ...
jadilah sptmana Fatimah Binti Abdul Malik ...
sanggup berjuang & memberi sokongan utk suaminya ...
hadirnya kita di sisi suami menjadi menguat perjuangan mereka ...
bukan utk melemahkan mereka ...
InsyaALLAH !!
Wallahua'lam -

- AL HIJAB -
Oleh: Imam Asy-Syahid Abdullah Azzam -RahimahuLLAHU Ta'ala-
Alhamdulillah, Shalawat dan Salam atas Rasulullah Shallallaahu `Alaihi Wasallam, ‘amma ba’du: Risalah ringkas ini ditujukan kepada Ukhti Muslimah, berkenaan dengan masalah hijab dan masalah membiarkan wajah tanpa hijab. Tidak tersembunyi bagi siapapun bahawa di banyak negara yang berpenduduk mayoritas Muslim, masih banyak kalangan wanita yang bertabarruj (berhias di luar kemestian), dan tiadanya komitmen mereka terhadap hijab. Tidak diragukan lagi bahawa ini merupakan satu kemungkaran yang besar, yang merupakan sumber datangnya malapetaka dan bencana.
Dalam risalah ringkas ini, terdapat penjelasan mengenai wajibnya hijab, keutamaan dan syarat-syaratnya. Di dalamnya pula terhadap peringatan bagi orang-orang yang bertabarruj dan hukumannya, kita memohon kesejahteraan kepada Allah, mudah-mudahan tulisan ini bermanfaat bagi saudari-saudari kita kaum Muslimah, sesungguhnya Dia Maha berkuasa dan Maha menentukan. * Hijab adalah Ibadah, bukan adat 'Saudari muslimah: sesungguhnya para penyeru kepada kesesatan dan berbuat kerosakan senantiasa berusaha secara terus terusan untuk mengoyak kewajiban hijab dan menyangka bahawa hijab ialah penyebab keterbelakangan wanita, hijab pula membatasi dan memperkosa kebebasan wanita. Lalu para penyeru itu memotivasi kaum Muslimah untuk menanggalkan hijab mereka, untuk kemudian bertabarruj dan mempamerkan wajah, mereka berusaha untuk menidakkan syariat hijab, mereka menyebut usaha ini sebagai pembebasan dan kemajuan bagi wanita. Mereka pada hakikatnya tidak menghendaki kebaikan terhadap diri wanita Muslimah sebagaimana yang mereka nyatakan.
Dengan klaim seperti itu, sebenarnya mereka tidak menghendaki selain kehancuran harga diri dan kehidupan wanita. Maka berwaspadalah wahai saudari Muslimah. Jadilah kalian sebagai orang-orang yang mulia dengan dien (agama) kalian, dengan tetap teguh mengenakan hijab-hijab kalian. Kuatkanlah keyakinan kalian bahwa hijab adalah merupakan syariat Islam. Dan diatas itu semua, bahawa mengenakan hijab adalah merupakan Ibadah kepada Allah, dalam menta'ati Allah dan Rasul-Nya Shallallaahu 'Alaihi Wa-Sallam. Hijab bukanlah merupakan adat kebiasaan, ketika suka dikenakan, ketika tidak suka ditanggalkan. Hijab adalah harga diri dan kemuliaan. 'Saudari Muslimah, sesungguhnya Allah Ta'ala, ketika memerintah kalian mengenakan hijab, tidak lain sesungguhnya Allah berkehendak untuk menjaga kesucian kalian. Menjaga tubuh kalian dan seluruh anggota badan kalian, agar tidak ada orang yang menyakiti kalian dengan perbuatan yang tak senonoh dan ucapan-ucapan murahan.
Dengan hijab pula Allah hendak meninggikan kalian. Maka hijab adalah kehormatan dan kemuliaan bagi kalian, bukan merupakan pengongkongan terhadap kalian. Ini merupakan sesuatu yang indah dan kesempurnaan bagi kalian. Dan ianya merupakan bukti yang nyata akan iman kalian, sekaligus menjadi ukuran sejauh mana adab dan akhlak kalian. Dan ini pula merupakan pembeda antara kalian dengan orang-orang yang telah hilang harga diri dan kehormatannya. 'Maka janganlah sekali-kali kalian menyepelekan masalah ini apalagi mengingkari kewajiban berhijab. Karena sesungguhnya -demi Allah- tidaklah seorang wanita menganggap masalah hijab atau mengingkarinya, kecuali pastilah ia terancam oleh kemurkaan Allah dan siksa-Nya. Dan tidaklah seorang muslimah menjaga hijabnya kecuali bertambahlah keredhaan dan kedekatan Allah kepadanya, bertambah pulalah kehormatannya.
Syarat-syarat hijab syar'ie 'Sesungguhnya hijab syar'ie bagi wanita Muslimah wajib tebal dan tidak nipis, tidak boleh hijab itu bercorak warna-warni yang mencolok mata. Hijab pula tidak boleh sempit (ketat). Tidak boleh pula berhijab disertai perfume dan menawan, kerana Nabi Shallallaahu 'alaihi wa-sallam mengharamkan wanita yang mengenakan perfume dan keluar menuju satu tempat yang didalamnya terdapat ajnabi (lelaki yang bukan mahram). Baginda Rasulullah ShallaLlaahu 'Alaihi Wa-Sallam bersabda: "Siapa dari kalangan wanita yang mengenakan wewangian lantas ia melalui suatu kaum sehingga kaum itu mencium wanginya, maka si wanita itu adalah (dianggap) penzina". Hijab Muslimah tidak boleh pula menyerupai pakaian lelaki. Diwajibkan pula hijab ini menutupi seluruh anggota badan, termasuk wajah, dimana sesetengah wanita menganggapnya sebagai perkara remeh, sehingga membiarkan wajahnya terbuka, dengan alasan bahwa wajah bukanlah aurat. Sungguh ini satu hal yang aneh, bagaimana mungkin wajah tidak dianggap sebagai aurat, padahal wajahlah sumber fitnah terbesar dalam diri wanita, pada wajahlah terdapat kecantikan dan terhimpun keindahannya, kalaulah lelaki tidak terfitnah oleh kecantikan wajah wanita, lalu dengan apa dia terfitnah?!! 'Sungguh terdapat banyak nash (dalil) dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah yang menunjukkan kewajiban wanita untuk menutupi seluruh anggota badannya, karena wanita itu, seluruh tubuhnya adalah aurat, tidak dibenarkan lelaki yang bukan mahram melihat sesuatu apapun dari dirinya. Diantara dalilnya ialah: "Hendaklah mereka (wanita) menghulurkan khimar (kain labuh) ke atas leher-leher mereka" (An-Nuur:31).
Berkenaan dengan ayat ini Rasulullah s.a.w bersabda: "Ketika ayat ini turun, wanita-wanita Anshar menjadikan kain-kain tirai (gordin) mereka dan memotong-motongnya menjadi khimar (penutup tubuh)" iaitu : “menutupi wajah-wajah mereka" Dalam hadits lain, yang telah disepakati kesahihannya, berkenaan dengan kisah Aisyah Radhiyallaahu `Anha, dalam satu peristiwa yang terkenal dengan sebutan "Hadiitsul Ifki" (Gosip dusta), ketika beliau tertidur di tempatnya, kemudian datanglah Shafwan Ibnul Mu'thal kepadanya dan beliau ummul mu'minin berkata: "Lalu aku berkhimar" (dalam lain riwayat disebutkan : aku menutupi wajahku dengan jilbabku). Ini semua menunjukkan wajibnya menutup wajah"
Oleh sebab itu, menjadi kewajiban bagi seluruh wanita Muslimah, hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, terhadap dirinya. Dan hendaklah ia tetap iltizam dengan hijabnya dengan keiltizaman (komitmen) yang optimal. Jangan menyepelekan satu hal pun dari masalah ini, misalnya membiarkan telapak tangan dan tangannya terbuka, atau mengenakan kain yang dari celah-celahnya terlihat sebagian besar wajahnya, atau pula menutupi seluruh wajahnya tetapi dengan kain tipis, sehingga nampaklah apa yang dibalik penutup wajahnya itu, kemudian ia menyangka bahwa dirinya telah berhijab dengan sempurna. Lalu dia menyangka bahwa bagian dari anggota badannya tidak berpengaruh apa-apa dan tidak menimbulkan fitnah, atau dia menganggap bahwa hal itu bukanlah merupakan tabarruj yang tercela. Maka merupakan kewajiban baginya untuk berusaha keras menjauhi perkara-perkara yang mempengaruhi komitmennya terhadap hijab, atau perkara-perkara lain yang merusakkan sifat malunya. Demi menghindari keburukan orang-orang fasiq sebagaimana kebiasaan mereka terhadap wanita yang secara fisik tidak menampakkan kemuliaan akhlak mereka.
Agar dirinya tidak terperangkap ke dalam kemurkaan Allah dan seksaNya, sebagai terdapat keterangan mengenai hal tersebut, yang datang daripada Rasulullah Shallallaahu Alaihi Wa-Sallam, baginda bersabda: "Dua golongan dari ahli neraka yang aku tidak peduli kepada keduanya" disebutkan diantaranya : " Dan wanita yang berpakaian tapi telanjang, yang melenceng meninggalkan kebenaran, kepalanya seperti punuk unta, dia telah tersesat, dan tidak akan memasuki jannah dan tidak akan mencium bau jannah (syurga), padahal wanginya jannah ini tercium dari perjalanan sejauh sekian dan sekian " (HR.Muslim).
Para ahli ilmu berkata: Maksud dari kalimat: "berpakaian tapi telanjang" ialah bahwa mereka mengenakan pakaian akan tetapi pakaian itu sempit(ketat) atau tidak menutupi seluruh bagian tubuhnya”.
Syaikh Shalih Utsaimin ditanya tentang sifat Hijab Syar`ie, maka ia menjawab: Pendapat yang paling rajih (benar) ialah bahawa hendaklah wanita menghijabi seluruh bahagian yang dapat menimbulkan fitnah terhadap kaum lelaki, diantara sumber paling besar fitnah dalam diri wanita adalah wajah, maka wajib baginya untuk menutup wajahnya dari seluruh ajnabi (lelaki asing, bukan mahram), adapun terhadap orang-orang yang masih ada hubungan mahram maka tidak mengapa ia menampakkan wajahnya. 'Adapun orang-orang yang mengatakan bahawa hijab syar`ie adalah dengan menutupi rambutnya dan membiarkan wajahnya terbuka maka ini merupakan pendapat yang sangat aneh!! Manakah penyebab fitnah yang paling besar, rambut ataukah wajah?! Dan manakah bagi orang yang menghendaki wanita, apakah mereka menanyakan wajah wanita atau rambutnya? 'Dua pertanyaan diatas tidak mungkin dijawab kecuali dengan : "Sesungguhnya sumber fitnah paling besar adalah terdapat pada wajah" Dan hal ini tidak diragukan lagi. Lelaki akan tertarik kepada wanita jika wajahnya cantik walaupun rambutnya dibawah kecantikan wajahnya. Dan, sebaliknya lelaki tidak akan tertarik kepada wanita yang berwajah buruk sekalipun rambutnya indah menawan. Maka pada hakikatnya hijab syar`ie adalah yang menghijabi wanita sehingga tidak menimbulkan fitnah atau dengannya ia terfitnah, dan tidak diragukan lagi bahwa wajah lah sumber utama fitnah itu.
Tabarruj dan membiarkan wajah terbuka menyeru kepada dosa dan kerosakan 'Sesungguhnya seorang wanita itu, jika ia bertabarruj dan membiarkan wajahnya terbuka di hadapan kaum lelaki, pada hakikatnya ia telah jatuh harga dirinya, amat sedikit rasa malunya, di mata manusia harga dirinya sebenarnya telah jatuh. Ini menunjukkan kebodohannya dan kelemahan imannya, juga kurang kepribadiannya. Semua ini adalah awal kejatuhan harga dirinya. Bahkan akan tiba saatnya hal tersebut menjadikan harga dirinya lebih rendah daripada keharusannya sebagai insan, dimana -jika dia normal- manusia ini telah dimuliakan oleh Allah, Allah telah melindunginya dan membentenginya, namun akhirnya akan terjatuh dan hina dengan sebab-sebab diatas. Apalagi, sebenarnya Tabarruj dan sufur (membiarkan wajah bebas terbuka), sebenarnya tidak menuju kepada kebebasan dan kemajuan, sebagaimana yang disangka oleh sebagian orang-orang yang mengklaim sebagai beragama Islam, dan orang-orang yang telah sesat diri mereka. Perbuatan tabarruj dan sufur ini sama sekali bertentangan dengan Akhlaq dan Adab Islam. Tidak akan ada wanita yang sanggup melakukannya kecuali wanita-wanita yang masih jahil tentang hal ini, yang telah hilang rasa malu dan akhlaqnya. Karena sesungguhnya amat tidak terbayangkan jika ada seorang wanita yang terhormat dan memiliki harga diri membiarkan dirinya dan sumber-sumber fitnah yang ada pada dirinya diumbar kepada kehinaan dan kerendahan, kepada kaum lelaki di pasar-pasar dan di tempat-tempat lainnya, tanpa memiliki rasa malu dalam dirinya. 'Barangkali sebagian wanita meyakini bahawasanya jika ia keluar rumah dalam keadaan tabarruj (berhias) dan wajahnya bebas terbuka tanpa hijab juga tempat-tempat yang mendatangkan fitnah dari dari dirinya terhadap orang-orang lain, hal itu akan menyebabkan dirinya dikagumi dan dihormati manusia. Sesungguhnya ini adalah prasangka yang salah sama sekali, karena sesungguhnya manusia tidak mungkin selamanya menghormati orang-orang yang berbuat seperti itu, bahkan sebenarnya mereka mencelanya dan memandang diri wanita itu dengan pandangan hina dan rendah. Dan wanita itu, dalam pandangan manusia dianggap sebagai wanita yang tidak punya harga diri dan akhlaq, lalu bagaimana mungkin seorang wanita yang berakal menghendaki hal ini terjadi pada dirinya? Apa yang memanggilnya kepada kehinaan dan menjatuhkan dirinya dalam keadaan seperti itu? Kemana akal dan rasa malunya hilang? 'Maka, wahai orang-orang yang memuliakan syaitan dengan perbuatan Tabarruj dan Sufuur (membiarkan wajah terbuka tanpa hijab):
Takutlah kalian kepada Allah dan bertaubatlah kalian kepada Allah daripada perbuatan yang buruk tersebut, kenalilah apa bagianmu kelak, ingatlah tempat kembalimu kelak, ingatlah kedudukan kalian kelak di alam kubur, yang gelap dan mengerikan. Dan ingatlah keberadaan kalian di hadapan Allah kelak. Dan ingatlah dahsyatnya hari kiamat. Ingatlah hari perhitungan dan ditimbangnya amal. Ingatlah akan neraka jahannam dan apa-apa yang Allah sediakan di dalamnya, yaitu adab yang pedih bagi mereka yang berpaling dan menyalahi perintah-perintah Allah Subhaanahu Wa-Ta`ala. Ingatlah akan semua itu, sebelum kalian berbuat tabarruj dan sufuur. Dan demi Allah, sesungguhnya kalian adalah makhluk yang amat lemah dalam memikul seksa Allah kelak, atau menghadapi dahsyatnya hari kiamat yang akan kalian hadapi kelak, maka kasihanilah dirimu, jangan biarkan terjerumus dalam keadaan seperti itu, bersegeralah untuk bertaubat Nasuha (sebenar-benar Taubat) sebelum pintu taubat tertutup, sebelum tanah menimbun jasadmu, maka sesalilah hal itu dengan sebenar-benar penyesalan.
Kepada para lelaki 'Sesungguhnya tidaklah wanita rosak, dan sampai kepada tingkat kerosakan seperti ini, yaitu Tabarruj dan Sufuur, dan memandang remeh urusan dien (agama) dan hijabnya kecuali karena sebagian lelaki memandang remeh terhadap urusan wanita mereka, dan bermasa bodoh terhadap dien mereka, dan hilangnya sifat mereka sebagai lelaki, hilang sifat cemburu dari diri mereka, bahkan tidak merasa hina dengan adanya perbuatan tabarruj dan sufur yang dilakukan oleh wanita-wanita mereka. 'Aduhai, betapa hinanya, kalian lihat sebagian lelaki telah hilang sifat mereka sebagai lelaki, sehingga mereka pada akhirnya menjadi lelaki yang tambun (pemalas) bukan lelaki yang satria [maksudnya para lelaki tidak mau lagi menasihati wanita yang tabaruj dan sufur].
Kemudian celakalah mereka yang tidak mengerti kehormatan diri-diri mereka, dan tidak menjaga orang-orang yang berada dalam tanggung jawab mereka, yang tidak melaksanakan dengan baik apa yang Allah telah perintahkan dalam menjaga kaum wanita, sedangkan Rasulullah Shalallaahu Alayhi Wa Sallam telah memberikan peringatan tentang hal ini, beliau bersabda: "Tidaklah seorang penanggung jawab yang Allah berinya tanggung jawab untuk mengurusi tanggungannya, kemudian orang yang menjadi tanggungannya itu meninggal, dalam keadaan si penanggung tidak mempedulikan keberadaan orang yang meninggal tadi, kecuali Allah akan haramkan baginya jannah (syurga) " 'Wahai kaum lelaki, sesungguhnya harga diri kalian itu adalah seperti nyawa kalian, sesungguhnya telah banyak orang yang rosak di antara kalian, mereka meremehkan masalah tanggung jawab, melalaikan amanah. Kalian telah berada dalam keadaan bahaya, dan tidaklah kalian rosak kecuali oleh diri kalian sendiri sedangkan kalian tidak menyadari. Tidakkah kalian berfikir dan bertaubat kepada Rabb (Tuhan) kalian dan menjaga wanita-wanita kalian?
Al-faqir Wal-Haqiir Ilallaah : ‘Abdullah ‘Azzam
Wallahua'lam -
Subscribe to:
Posts (Atom)